Perak Hari Ini
Like

Gara-gara Bermain Meriam Buatan Sendiri…

August 18, 2010
18 Views
0 Comments
1 minute read
Gara-gara Bermain Meriam Buatan Sendiri…

KUALA KANGSAR – “Sakit, saya janji tak nak main lagi.” Itu kata-kata penyesalan dan janji mangsa pertama meriam buatan sendiri di daerah ini, Muhammad Jaafar Shaiful Din, 13, kepada ibunya, Norbiha Osman, 48.

Muhammad Jaafar melecur di bahagian muka dan leher setelah meriam buluh yang dihasilkan bersama seorang rakan meletup secara tiba-tiba dan terpercik ke wajahnya, kira-kira jam 4 petang, di Kampung Gapis, di sini, kelmarin.

Norbiha berkata, dia terkejut bercampur geram dan marah apabila anaknya yang pulang ke rumah bersama seorang kawan dalam keadaan cedera agak serius di bahagian muka.

Menurutnya, sehari sebelum kejadian dia sudah memberi amaran kepada anaknya supaya jangan bermain mercun atau meriam buluh kerana ia sangat merbahaya.

“Apabila pulang saya lihat dia basah kuyup dengan muka yang cedera agak teruk. Kemungkinan rakannya menyiram air selepas terkena mercun supaya dapat meredakan kesakitan.

“Saya menggeletar melihat keadaannya dan rasa marah dengan tindakannya itu. Selepas itu saya terus membawanya ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar, di sini, semalam.

Norbiha berkata, memandangkan kecederaan agak serius, anaknya perlu dihantar ke Hospital Ipoh untuk rawatan lanjut.

“Waktu pulang ke rumah dia tidak menangis dan menahan kesakitan kerana bimbang saya marah, sampai di Hospital baru dia menangis kerana sakit.

“Selepas membawanya ke Klinik Padang Rengas, tetapi dihantar ke Hospital Kuala Kangsar sebelum kami dimaklumkan agar merujuk kes tersebut ke Hospital Ipoh,” katanya.

Komen & Pendapat

Leave a Reply