Isu Panas

PAS tersepit dalam konflik hudud dengan PKR DAN DAP

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengulangi pendirian parti itu menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR).

“Dengan demikian ia jelas bahawa pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam bukan dasar PR, jadi tidak perlu PAS untuk bangkitkan perkara ini lagi kerana ia sudah dipersetujui oleh ketiga-tiga pucuk kepimpinan Pakatan Rakyat iaitu Hadi Awang dan Nik Aziz, Anwar dan Wan Azizah.,” kata Lim

Lim juga mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata kedua-dua aspek tersebut langsung tidak disebutkan dalam Dasar Bersama PR yang diumumkan Disember 2009.

“Itu sebab kedua-dua aspek itu tidak pernah dibangkitkan dalam Dasar Bersama PR.

“Oleh itu PAS perlu faham, itu sahaja saya boleh cakap. Yang lain saya tidak mahu komen,” kata beliau yang dua hari lalu mempertahankan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh.

Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008, akhir tahun lalu.

Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

Tok Guru Ularmak Nik Azizi baru-baru ini  meminta DAP memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.

klik untuk besarkan

Parti itu juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam.

Beberapa minggu lalu, Karpal mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan.

DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Dalam isu ini Anwar Ibrahim yang juga penyokong kaut Plurelisma agama dan Islam moderate bersikap membisu tentang kenyataan Tok Guru atau Ularmak Nik Aziz yang sesat dan menyesatkan itu. Anwar terpaksa membisa kerana beliau memerlukan sokongan Pas untuk menunaikan cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU akan datang.

Pas juga telah melancarkan tabung TIRAM bagi tujuan yang sama iaitu untuk menguasai Putrajaya. Pas juga memasang cita-cita untuk melantik pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri. Hadi Awang dan Nik Aziz masing-masing telah merancang untuk menjadi Perdana Menteri Pas yang pertama.

Dap paling bijak dalam mengaturkan strateginya untuk menguasai Putrajaya.  Bulan Ramadhan ialah bulan yang baik bagi Dap untuk menambat hati pengundi Melayu yang anti kerajaan untuk terus mengundi dan menyokong calon-calon Dap untuk calon kerusi parlimen . Agenda ini nampaknya sangat menjadi kerana YB Teoh Ni Ching, amoi sexy dari  Parlimen Serdang telah berjaya memikat hati pengundi Melayu. Malah dalam isu tudung juga keseluruhan kepimpinan Pas telah menyokong dan membelanya.

Dap paling licik dalam mengaturkan strateginya. Nampaknya dalam PRU 13 ketiga-tiga parti ini akan berbalah lagi untuk meletakkan calon . Dap sudah tentu akan menguasai 51 peratus kerusi Dewan Rakyat , manakala 49 kerusi lagi akan dikongsi oleh Pas dan Pkr. Dap kekal dominan di kerusi yang mereka kuasai selama ini. Pas akan terus menjadi duri kepada Umno kerana percaya sokongan Melayu yang selama ini menyokong BN akan beralih kepada Pas.

Belum apa-apa lagi Hudud telah di tentang oleh PKR dan DAP. PAS yang muka tak malu terus terhegeh-hegeh mengharapkan sokongan dan belas kasihan dua rakannya. PAS juga menjadi bisu, bacul dan dayus kerana tidak berani mengkritik Ling Kit Siang dan  Karpal Singh . Akan tetapi sangat lantang mengkritik dan menghukum UMNO. Inilah sikap munafik PAS dalam membicarakan hukum ALLAH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");