Isu Panas

Gobala akan keluar PKR disebabkan Azmin

Tembelang tamakkan kuasa Azmin Ali terdedah lagi. Kali ini Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan telah memberi amaran untuk meninggalkan parti tersebut jika Azmin terus mencatur pemilihan yang sedang berlangsung.

Gobala yang juga turut dicalonkan sebagai Naib Presiden PKR pada pemilihan kali ini, mendakwa Azmin bersekongkol dengan beberapa pemimpin tertinggi PKR bagi memanipulasi proses pemilihan yang kononnya lebih demokrasi seperti kata Anwar.

Ahli Parlimen Padang Serai ini juga telah mendesak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya segera mengambil tindakan terhadap Azmin dan kumpulannya serta mendesak JPP membetulkan kesilapan yang berlaku disepanjang pemilihan parti tersebut. Jika ini tidak dilakukan, Gobala berkata dia akan meninggalkan parti tanpa ragu-ragu lagi.

Disamping itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini berasa kesal apabila mendakwa Azmin pernah menghinanya dengan panggilan “pariah”. Ini menunjukkan bahawa Azmin langsung tiada hormat kepada kaum lain didalam PKR sendiri, katanya.

Sidang media yang bertempat di bangunan Parlimen oleh Gobalakrishnan ini membuktikan bahawa PKR kini semakin nazak akibat dari perebutan kuasa didalam parti itu sendiri. Sifat tamakkan kuasa dan budaya cantas mencantas juga semakin mencengkam parti tersebut.

Azmin selama ini dianggap sebagai orang kedua yang paling berkuasa didalam PKR selepas Anwar, kini mula dihentam dari pelbagai sudut. Kedudukan Azmin tak lagi selamat dengan kehadiran Zaid Ibrahim, Nurul Izzah dan juga Khalid Ibrahim yang memberi sokongan kuat kepada Presiden PKR Wan Azizah.

Azmin juga dilihat semakin hilang sokongan dari Anwar berikutan terdedahnya konspirasi peringkat tertinggi didalam pemilihan kali ini. Anwar lebih selesa membisu dari mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong dan menyelamatkan Azmin.

Pengaruh kumpulan penyokong Wan Azizah yang semakin kuat juga amat menyeksa Azmin. Kini dilihat semakin ramai pemimpin atasan PKR yang secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap Presiden PKR dan mengkritik serta membuat kenyataan menghentam Azmin dan juga Anwar.

Mungkin mereka sedar bahawa karier politik Anwar tak akan berpanjangan berikutan kes liwat keduanya yang sedang berjalan di mahkamah. Dan pasti mereka juga tahu bahawa jika Anwar disabitkan bersalah, Azmin juga akan jatuh merudum didalam politik. Tanpa Anwar, siapalah Azmin Ali didalam PKR.

Diatas sebab-sebab inilah “pemberontakan” menentang Azmin dilakukan. Dan sebab ini jugalah Nurul Izzah diangkat bagi menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Semua ini adalah satu lagi percaturan politik permainan “orang dalam” PKR sendiri. Dan pakatan menjatuhkan Azmin ini berpunca dari sikap Azmin sendiri yang dikatakan “lebih sudu dari kuah” didalam memimpin perjalanan politik PKR!

Sumber: Mykmu

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");