Berita Hari Ini

Group Lotus Lancar Lima Model Baru Di Pameran Motor Paris 2010

PARIS, 30 Sept (Bernama) — Group Lotus telah bersedia untuk mencapai rancangan transformasinya dengan memperkenalkan lima model baru di Pameran Motor Paris 2010.

Model-model baru itu ialah Lotus Elan, Lotus Elite, Lotus Elise, Lotus Esprit dan Lotus Eterne.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata dengan pelancaran lima model baru di Pameran Motor 2010, kumpulan itu akan menjadi pengeluar kereta pertama di dunia yang melancarkan lima model baru serentak.

Mengenai model-model baru itu, beliau berkata yang model-model itu lebih elegan dan “breakway” dari model-model tradisional.

Bercakap kepada pemberita Malaysia selepas melancarkan model-model itu di sini Khamis, beliau berkata adalah penting untuk syarikat kereta mempunyai model yang menarik bagi memastikan prestasi yang baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus, Danny Bahar berkata model-model itu boleh didapatkan di pasaran menjelang Oktober 2012.

Model pertama yang akan dikomersilkan ialah Lotus Elan dan yang lain-lain akan menyusul.

Mengulas mengenai kos membangunkan kelima-lima model itu, Mohd Nadzmi berkata walaupun Proton Holdings Bhd mempunyai keupayaan untuk membiayai projek, ia telah meminta Group Lotus itu mencari sumber kewangan sendiri untuk membiayai projek itu.

Mengenai rancangan pengembangan seberang laut Group Lotus, Bahar berkata kumpulan bercadang menembusi 25 pasaran baru dalam bergerak ke hadapan.

Beliau berkata kumpulan telahpun mengeksport produknya ke 30 negara.

Group Lotus ialah anak syarikat milih penuh Proton.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");