Perak Hari Ini

Perak buka peluang pekerjaan kepada rakyat

Lebih 10,000 peluang pekerjaan dibuka kepada seluruh rakyat negeri Perak melalui Pusat Kerjaya Aman Jaya dalam usaha untuk meningkat ekonomi penduduk terutama anak jati negeri itu.

Kerajaan negeri menerusi Institut Darul Ridzuan mengambil initatif berkenaan bagi mengatasi masalah pekerjaan yang dihadapi rakyat Perak selain dengan keperluan tenaga buruh yang semakin meningkat.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu diambil selaras dengan agenda kerajaan yang telah direncanakan melalui agenda Perak Aman Jaya untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Pusat Kerjaya Amanjaya ini ditubuhkan sebagai medan penghubung di antara masyarakat dan industri… agar isu serta mis-match yang dihadapi sekarang dapat dikurangkan.

“Pada masa yang sama pusat ini akan membantu industri mencari pekerjaan yang sesuai dengan keperluan industri.

“Masyarakat menghadapi masalah mendapatkan khidmat nasihat kerjaya… seterusnya kesukaran mendapat pekerjaan yang sesuai… manakala industry menghadapi masalah menceri pekerja yang mempunyai kelayakan, kepakaran, pengetahuan dan karakter yang tepat mengikut keperluan industri.” katanya selepas Majlis Pelancaran Perjanjian Persefahaman (MOU) di Ipoh pagi tadi.

Tambah Zambry, dengan wujudnya pusat berkenaan ia sekaligus dapat mengurangkan penghijrahan rakyat negeri itu ke kawasan lain bagi mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak dan kemahiran mereka.

Katanya, pusat kerjaya terbabit akan memberi keutamaan kepada anak jati negeri Perak dan ia sekaligus akan dapat mengurangkan jumlah pengangguran di negeri itu.

Jelas beliau, setakat ini lebih 10 syarikat pelbagai sektor telah memberi kerjasama baik kepada usaha kerajaan itu dimana mereka akan menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Perak.

Antara syarikat yang terlibat termasuk, Kencana Petroleum Berhad, Pihak Berkuasa Perlaksana Koridor Utara (NCIA), KPerak Implementation and Coordination Corporation, Twincreeks Malaysia Sdn Bhd, Mydin Mohamed Hodlings, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Jabatan Tenaga Kerja, Peniagawati, Dewan Perniagaan Melayu Perak selain Job Malaysia.

Setakat ini daripada 50 peratus rakyat Perak yang berumur antara 18 hingga 40 tahun didapati tidak mempunyai pekerjaan.

Malah daripada jumlah itu 50 peratus diantara belia terbabit mempunyai pendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");