Perak Hari Ini

Titah Raja Muda ada yang tersiratnya: DS Zambry

“Siapa makan cili dia terasa pedasnya”

Demikian respon Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika ditanya mengenai titah Raja Muda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) kali ke-175 semalam.

Tambah Zambry, hanya orang yang membuat kesalahan sahaja yang akan tersentuh dengan titah Raja Muda itu kerana mereka lebih cenderung membuat kesalahan.

“Ini soal adab dan adat yang dimana ia sangat penting seperti yang dititah Tuanku… ia memberikan segala macam contoh untuk kita lihat untuk kita laksanakan sebagai manusia yang mempunyai nilai adab yang tinggi.

“Jadi saya harap kepada semua pihak supaya dapat mendengar nasihat daripada Tuanku….walaupun ada yang menganggap ia soal remeh temeh… tapi ia bukan soal remeh temeh.

“Seperti yang kita lihat di sidang dewan yang lepas…bagaimana ada pihak-pihak yang menonjolkan sikap tertentu… jadi ini bukan sikap remeh temeh yang patut kita tonjolkan.

Justeru tambah beliau, hanya pihak-pihak yang tidak beradab sahaja yang akan memahami dengan lebih mendalam apa yang tersirat dalam titah Tuanku.

Semalam, Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah dalam titahnya menyentuh tentang adab berpakaian seseorang manusia yang ingin hidup dalam satu tamadun yang mulia.

Dalam titahnya, Baginda menyatakan bahawa penghakisan adat dan budaya bangsa boleh bermula dengan sikap memandang ringan dan tidak menghormati adab berpakaian dalam sesuatu majlis.

Bagaimanapun, titah Raja Muda itu dilihat mempunyai isi kandung yang tersirat seolah-olah menegur kalakuan biadap yang ditonjolkan pemimpin DAP ketika persidangan dun lalu.

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak lalu, pemimpin DAP, Nga Ko Ming iaitu ADUN Pantai Remis dengan biadapnya hadir tanpa mengenakan pakaian rasmi nombor satu yang menjadi pakaian rasmi pada setiap pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tindakan itu, jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan kurang ajar seorang rakyat terhadap Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dimana Nga adalah satu-satunya ADUN yang datang dengan berpakaian biasa sedangkan semua wakil rakyat termasuk dari pembangkang mengenakan pakaian tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");