Berita Hari Ini

Dr Azizan ialah dalang dalam isu cukai tanah UUM

MB SERBA TAK TAU, YANG TAU LENA SAHAJA


BALING: Selepas enam kali membuat rayuan, Kerajaan Kedah semalam tetap dengan keputusan menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu dan mengarahkan mereka membayar pada kadar lama RM1.7 juta setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata rayuan UUM (bawah) itu tidak dipersetujui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan mereka kena menjelaskan cukai itu secepat mungkin atau boleh dikenakan penalti atau tanah kampus itu di rampas.

“Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil di sini, lewat petang kelmarin.

Katanya, kadar cukai 20 sen bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.

“Universiti Teknologi Mara pun bayar 50 sen bagi satu kaki persegi… jadi UUM mampu bayar banyak tu dan jika mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun,” katanya.

UUM membayar cukai tanah tapak kampus itu RM150,000 setahun sejak 1990 hingga 2008 selepas diberikan rebat oleh kerajaan negeri Barisan Nasional ketika itu dan selepas itu membuat rayuan kepada kerajaan negeri pimpinan PAS, tetapi ditolak.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak yang kesal dengan keputusan itu berkata, pihaknya terpaksa akur dengan keputusan itu kerana ia adalah kuasa kerajaan negeri untuk menentukan jumlah perlu dibayar atas tanah yang diduduki institusi itu.

“Saya kesal kerana pengorbanan UUM dalam bidang akademik yang turut membantu menaik taraf sosioekonomi Kedah demi kepentingan rakyat tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam membuat keputusannya.

“Oleh itu, kami akan membayar secara ansuran bagi melangsaikan nilai cukai itu mengikut masa ditetapkan,” katanya.

Katanya, dalam masa terdekat ini, UUM tidak bercadang membuat rayuan kerana sudah banyak kali rayuan dan perbincangan dikemukakan, tetapi ditolak.

“Sepatutnya jasa dan sumbangan kami diambil kira. Jika ada rebat bolehlah kita gunakan untuk tujuan lain bagi kepentingan pelajar dan negeri ini,” katanya di sini, semalam.

Komen Kakitangan PTG Kedah;

Salam, saya merupakan kakitangan awam Pejabat Tanah & Galian,PTG sebenarnya sikap Dato Azizan (Menteri Besar Kedah) yang tak bertanggungjawan dengan mengeluarkan kenyataan yang bersifat bodah sangat lah dikesalkan. Sebenarnya kuasa segala kelulusan untuk LULUS atau TIDAK LULUS sesuatu permohonan di PTG bukan semuanya terletak ditangan Pengarah PTG tetapi kuasa yang lebih mempengaruhinya adalah Pihak Berkuasa Negeri (PBN). PBN ni sebenarnya dikuasai sepenuhnya oleh Menteri Besar tu sendiri. Tapi tu yang melucukan saya bila saya lihat keyataan Dato Azizan yang pihak PTG yang tidak meluluskan untuk rebat cukai di UUM tu. Janganlah nak menipu orang wahai MB kedah. Mungkin pandangan saya MB ni beristeri 2, jadi dah menjadi kebiasaan beliau untuk menipu isteri-isteri beliau utk mendapatkan giliran isteri beliau. Itu yang MB ni ingat rakyat pun dia boleh tipu cam dia tipu bini-bini dia. Sedarlah rakyat KEDAH. Ini bukan penipuan tapi kes yang benar dan kes yang sgt saya ketahui.

Jelaslah sekarang bahawa Pas adalah kerajaan khawarij yang berselindung disebalik nama Islam dan kerajaan berkebajikan. Pada hakikat sebenar mereka lah pemerintah yang zalim.

ELOKLAH UUM DITUTUP SEGERA, BIARKAN KERAJAAN NAK RAMPAS UNIVERSITI DAN INGAT PRU 13 NANTI KITA RAMPAS KEDAH DAN HALAU AZIZAN KE SIAM. BARU DIA RASA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");