Kolumnis

Perak begitu beruntung dikemudi Dr. Zambry

Ketika mana Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak, ramai yang terpiga-piga mengenai perlantikan beliau. Ada yang mempertikaikan dan ada yang menyambut baik perlantikan “muka baru” tersebut sebagai Menteri Besar Perak. Dr. Zambry sebelum ini hanya dikenali sebagai seorang Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Apatah lagi, perlantikan itu sejurus selepas Kerajaan “Nizar mata sepet” tumbang akibat 3 orang ADUN hilang kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan Pembangkang dan menyatakan sokongan terhadap BN Perak untuk membentuk Kerajaan Negeri.

Ketika di awal pentadbirannya sebagai Menteri Besar, sidang DUN Perak telah dihuru-harakan oleh ADUN-ADUN pakatan pembangkang yang hampir sama banyak dengan ADUN BN. Hinggakan DYMM Raja Muda Perak pun tidak dihormati kehadirannya di sidang DUN berkenaan. Namun, alhamdulillah, Dr. Zambry berjaya mengawal keadaan dan sidang DUN berlangsung dengan lancar.

Ketika itu, masih ada lagi kedengaran “suara-suara kurang pasti” mengenai kreadibiliti Datuk Seri Dr. Zambry mengemudi Kerajaan BN Negeri Perak. Namun, “alah bisa, tegal biasa”, Dr. Zambry berjaya membuktikan pada seluruh negeri Perak bahawa beliau merupakan individu yang paling layak menjawat jawatan Menteri Besar di negeri Perak Darul Ridzuan.

Memang benar. Dr. Zambry “bekas” penyokong Anwar. Malah dia pernah di ISAkan kerana membantah pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Siapa yang tidak tertipu dengan imej Anwar ketika itu? Tun Dr. Mahathir pun berjaya ditipu Anwar, apatah lagi Dr. Zambry? Lagi pun, Dr. Zambry merupakan Ketua Pemuda UMNO Perak ketika Anwar menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Namun, Dr. Zambry lekas sedar. Beliau tidak seperti segelintir penyokong Anwar yang taksub membuta tuli terhadap peliwat itu. Dr. Zambry kembali ke pangkuan UMNO sejurus tersedar bahawa Anwar adalah “pelakon handalan” yang mampu “bertukar kulit” mengikut keadaan, dalam bahasa Islam, ianya dipanggil “munafiq”.

Kini Dr. Zambry semakin “garang” di Perak. Mungkin kerana latar belakangnya sebagai seorang pemimpin dan pejuang agama, bangsa dan tanahair, maka beliau begitu ditakuti dan dihormati oleh kawan dan lawan di negeri Perak, khususnya di dalam sidang DUN.

Beliau begitu tegas, sinis dan bersahaja ketika berhujah di dalam sidang DUN hinggakan ADUN-ADUN pembangkang yang dulunya ganas-ganas belaka mencabut mikrofon dan sebagainya, telah berjaya di”jinak”kan beliau dalam masa yang singkat. Nga dan Ngeh juga telah berjaya di”bisu”kan, manakala Nizar yang selama ini menjadi “puppet” DAP hampir menjadi “pondan” di dalam sidang DUN!

Beberapa ADUN pembangkang, khususnya dari PAS, sering mengangkat ibu jari ke atas, tanda “bagus” kepada Dr. Zambry setiap kali beliau berhujah atau mem”belasah” Nizar, Ngeh dan Nga di dalam sidang DUN. Ini jelas menunjukkan bahawa Dr. Zambry berjaya mengawal seluruh DUN Perak dengan cemerlang.

Hebatnya Dr. Zambry tidak tamat di dalam dewan sahaja. Kemakmuran dan kemajuan negeri turut menjadi keutamaannya. Dia juga tegas ketika menjalankan tugas dengan kerap melakukan “spot check” di seluruh daerah negeri Perak. Ekonomi yang menjadi kepakarannya digunakan sepenuhnya bagi menjana pendapatan yang lebih untuk Kerajaan Negeri dan meningkatkan ekonomi rakyat.

Hakikatnya, Perak begitu bertuah mendapat seorang Menteri Besar yang sebegitu berkreadibiliti, berkharisma, mementingkan rakyat dan tinggi semangat khidmatnya kepada seluruh penduduk negeri Perak. Penulis percaya bahawa negeri Perak akan terus mempunyai masa depan yang lebih baik di bawah pentadbiran Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Ini bukan mengampu, ini adalah fakta.

Oleh: Laksmana Tun Tuah untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");