Perak Hari Ini

Replika rumah ‘Opah’ di Karnival ICT bersama Upin dan Ipin

Lebih 30 ribu rakyat Perak membanjiri Stadium Indera Mulia hari ini bagi tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pelbagai watak menarik dari siri animasi Upin-Ipin dan Rakan-rakan di Karnival ICT.

Rata-rata, pengunjung dikalangan kanak-kanak begitu teruja dengan kemunculan mascot watak siri animasi terkemuka itu dimana ia sudah jelas membuktikan hasil kerja anak tempatan kini mempunyai populariti yang tinggi.

Selain itu, antara tarikan lain pengunjung ke Karnival ICT bersama Upin dan Ipin adalah binaan replika rumah ‘Opah’ seperti yang terdapat dalam setiap terbitan animasi berkenaan.

Karnival yang dianjurkan oleh syarikat Les Copaque Production itu dilihat berjaya menarik minat bukan sahaja pengunjung dari negeri Perak malah seluruh negara untuk sama-sama merasai pengalaman melalui laluan 3D “inflatable dome” terbesar di dunia selain.

Selain itu pengunjung juga dapat menyaksikan pameran yang bertemakan teknologi dalam pembangunan kandungan kreatif digital.

Karnival berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");