shadow

Satu lagi batu loncatan dalam usaha menyemarakkan pembangunan industri di Perak bakal wujud dengan penubuhan ibu pejabat Vale Malaysia Manufacturing di Ipoh hari ini.

Pengarah Urusannya, Sergio Leite memberitahu dengan wujudnya pejabat syarikat berkenaan di Perak bakal membantu Vale dalam melancarkan projek membina dan mengembangkan pusat pengedaran bijih besi di Teluk Rubiah, Manjung.

Selain itu katanya, dengan pelaburan Vale di Malaysia ia diharap dapat menjadi sebuah hab serantau bijih besi dimana bekalan sumber mineral berkenaan akan dihantar melalui laut dari Brazil ke Perak sebelum diedarkan kepada pelanggan dari seluruh pelosok rantau Asia.

Jelas beliau lagi, Vale telah melaburkan lebih RM 4 billion bagi tujuan berkenaan dimana pusat pengedaran yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2014 itu bakal menawarkan ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Sebaik sahaja pusat pengedaran mula beroperasi, bijih besi dari Brazil akan diangkut menggunakan kapal dengan 400,000 berat muatan… jadi dari situ, bijih besi akan dicampurkan dan diedarkan kepada pelanggan dalam rantau Asia Pasific seperti China, Japan, Australia termasuk dari Malaysia sendiri.

“Pelancaran pejabat di Perak merupakan antara komitmen Vale dan menjangka permulaan pembinaan fasa pertama pusat perindustriannya…jadi satu upacara pecah tanah rasmi dijangka berlangsung sebelum akhir 2011.

“Malaysia umumnya dan Perak khususnya dipilih menjadi pusat pengedaran bijih besi kerana mempunyai sumber kuasa tetap, kestabilan politik, sokongan yang kuat dari kerajaan, kurang aktiviti seismik gempa bumi serta strategik  di Selat Melaka yang memberikan kami peluang unik untuk memenuhi tuntutan pertumbuhan pelanggan kami,”katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang merasmikan ibu pejabat berkenaan memberitahu kewujudan syarikat perindustrian besar seperti Vale di negeri itu bakal meningkatkan lagi kedatangan pelabur asing.

Jelas beliau, projek pembinaan pusat pengedaran dan ibu pejabat itu sendiri bukan sahaja memberi faedah kepada kerajaan malah turut meyumbang kepada pembangunan pekerja tempatan dengan menawarkan peluang latihan serta perkembangan kerjaya kepada rakyat Perak.

Vale merupakan sebuah syarikat perintis perlombongan yang berpengkalan di Brazil dan beroperasi di 38 negara lain dengan kakitangan melebihi 100,000 orang di seluruh dunia.

Selain itu syarikat ini adalah perintis dalam bidang perlombongan yang membekalkan bahan mentah untuk digunakan dalam pembuatan produk kegunaan harian seperti komputer kereta dan duit syiling.

Ditubuhkan sejak 60 tahun lalu, kini Vale berkembang menjadi sebuah perniagaan global yang tersenarai di bursa saham.

Comments

Comments

  1. i m looking for job with vale,now i m working with offshore company under shell contract.my qualifacation diploma in bussines    

    i m looking for job with vale malaysia manufacturing,for the time beeing i m working with offshore company under shell contract.my qualifacation diploma in bussines study,so i hope i can join this company

  2. peter anak lass    

    i m looking for job with vale malaysia manufacturing,for the time beeing i m working with offshore company under shell contract.my qualifacation diploma in bussines study,so i hope i can join this company;my contact number 0168773639

  3. Kamarudin B Md Ali    

    Saya dari Kelantan dan ada contact berkenaan dengan bijih besi…macamana saya nak hantar bijih besi ke tempat tuan…TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *