shadow

Barisan Nasional Perak telah mengenalpasti beberapa calon terbaik bagi kawasan tertentu menjelang pilihanraya akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu soal masalah dalam proses pembahagian kerusi tidak wujud sama sekali.

Katanya, pada dasarnya BN negeri tidak pernah mempunyai masalah dalam konteks pembahagian kuota sebaliknya ia hanya timbul dikalangan parti-parti pembangkang.

Jelas beliau lagi, setakat ini hanya ada beberapa kawasan yang masih didalam pertimbangan untuk memilih calon yang benar-benar sesuai.

“Kita suda kenal pasti beberapa calon di setiap kawasan yang kita jangkakan adalah calon-calon boleh menang dan digemari rakyat… apa yang paling penting, pemilihan calon terbabit hendaklah turut disokong oleh ahli-ahli BN lain.

“Walaupun calon yang telah dikenalpasti itu mempunyai kriteria terbaik untuk mewakili rakyat kawasan berkenaan namun sekiranya calon itu tidak digemari ahli parti maka di masa akan datang ia boleh menimbulkan konflik dalaman sesama ahli.

Justeru katanya, setiap calon yang bakal dipilih sudah tentu merupakan seorang pemimpin yang digemari rakyat malah turut mendapat sokongan ahli-ahli parti.

“Apa-apa pun keputusannya… kita tunggu apabila ia diumumkan nanti”

Selain itu tambah Zambry, dalam aspek pemilihan calon maka sudah tentu wujud soal calon yang digugurkan.

Jelas beliau lagi, pemimpin yang digugurkan namanya sebagai calon pilihanraya akan datang harus menggunakan pendekatan tradisi parti itu.

“Bagi yang digugurkan… mereka perlu ingat ketika mereka menjadi wakil rakyat dahulu dimana mereka menang disebabkan sokongan tanpa sebarang sabotaj dari pemimpin terdahulu.

“Maka kali ini sekiranya nama  mereka tidak dicalonkan… mereka sepatutnya mengambil pendekatan membantu calon baru untuk meneruskan perjuangan parti,” katanya.

Justeru soal sabotaj calon baru perlu dielakkan oleh pemimpin lama kerana ia boleh merosakkan imej Barisan Nasional.

Comments

Comments

  1. suriapermai    

    Dato Seri ,, kalau kawasan ADUN Beruas tuu,, letak Azhar ke atau Manap atau Hamdi . jawapan nya PASTI kalah.

    Usah risau , pengundi BN tahu siap pilihan mereka.

    Cari lah lain dari yang disebut..Semoga Perak BN menang

    Salam

  2. nana    

    Azhar tu banyak orang tak suka… kalau letak dia lingkup la satu kerusi…. tak percaya bubuh tengok… kita lihat hasilnya nanti….harap Dato Seri berhati-hati….

    1. suriapermai    

      Nana, tapi Azahar sudah kaya. Sejak jadi Setiausaha Sulit Kanan/Pegawai Khas Menteri Besar Perak, duit dah ada berjuta-juta. Dengar khabarnya sama
      pai simpan dirumah pak cik nya. Dia pernah kata, orang beruas boleh dibeli.

  3. hatiku bukan di Umno    

    aku bukan la penyokong pembangkang….tetapi Umno perlu menyusun strategi mengorak serta mengemaskini calon-calon yang berwibawa untuk dibawa ke medan pertempuran pada pilihanraya nanti..”saat itu” pasti tiba kalau Umno sendiri buta dan alpa mengenai peristiwa hitam yang berlaku pada PRU yang lepas..pada fikiran aku,Hamidah bukan lagi calon sesuai,termasuklah Hamdi atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.Ramly Zahari juga boleh duduk berehat selepas ini manakala saarani mohamad perlu membuka ruang kepada orang baru untuk bertanding di kawasannya.letak calon MCA yang lebih disukai pengundi,bukannya datang bila VIP melawat kawasan..sikap bermuka-muka MCA ini sudah lama aku perhatikan..tak perlu lah kita nak tau apa yang diundinya..kalau sudah dasar cina bukit..MIC juga perlu diubahkan oleh pengundi bagi mengajar sikap berpuak-puak yang wujud dalam parti itu..Gerakan yang diterajui Chang Ko Youn juga perlu lebih drastik dalam mengambil hati pengundi,bukan duduk diam mendapat simpati.Ubahlah sikap dan pandangan Barisan Nasional agar tidak mahu kecundang di Perak nanti.Biarlah sejarah 2008 menjadi pengajaran buat semua.Jangan lalai dalam mengejar kemewahan tetapi terlupa memertabatkan perjuangan harmoni,rakyat yang hidup senang merupakan aset pada kerajaan untuk membentuk institusi pentadbiran yang kuat.Sokonglah BARISAN NASIONAL

  4. Jo Remissss..    

    aku rasa betul ape yg diperkatakan oleh “hatiku bukan di umno”.sudah tiba masanya menukar sebahagian wakil rakyat yg boleh dianggap veteran dalam BN.cukuplah menjadi kaya,jgn terlalu tamak sehingga menggadaikan perjuangan bangsa.harungi hidup di luar sana yg lebih mendamaikan wahai ahli politik veteran.bg lah muka baru yg boleh mentranformasikan perjuangan parti.org lama hanya memantau atau menegur sebarang kesilapan org baru.begitu lah cara untuk memajukan parti agar lebih dinamik.tetapi sikap segelinitir ahli politik yg suka berkecik hati apabila tidak dicalonkan menjadi duri dlm daging parti.itulah realitinya.sebagai contoh,ahli parlimen Kuala Kangsar,Rafidah yg begitu jarang untuk menjenguk kawasannya.lebih mementingkan air asia dr masalah rakyat.seterusnya ,hamidah batu gajah.suaminya kontraktor,cuba periksa apa ganjarannya.bukan dengki yang saya mahu nyatakan di sini tetapi sikap ahli politik ini yg mengabaikan tanggungjawab mereka.ingatlah Allah lebih mengetahui apa yg anda lakukan.bg lah calon yg lebih berfikiran terbuka atau rajin melakukan homework.jgn diletakkan lagi calon yg sama di bahagian bagan serai krn dia punca perpecahan dalam Umno di sana.letaklah calon yg lebih mantap dr apa yg ada skrg ini.semoga BN mendapat hak 2/3 dlm kerusi DUN Perak dan Parlimen Malaysia.

  5. Dr zam    

    Kepada dato sri zambry, saya sebenarnya dah lama nak berjumpa dan berbincang dengan dato sri mengenai pandangan masyarakat mengenai calon dari barisan nasional lebih-lebih lagi DUN Pengkalan Baru dan parlimen beruas. Saya adalah mata dan telinga masyarakat jadi saya ingin sampaikan bahawa calon untuk kedua kawasan tersebut perlu perhatian khusus dato sri. Jika tidak,undi protes akan terjadi. Saya tidak mendapat keuntungan dari mana2 pihak cuma saya hanya ingin menyampaikan suara rakyat kecil sahaja.Lagipun saya juga adalah pengundi atas pagar. Saya harap dato sri dapat fikirkan dan buatlah keputusan yang terbaik. Saya doakan kemenangan buat pihak yang benar…amin. INGATLAH sejarah 2008 boleh berulang jika calon tidak tepat.

  6. hj zulkefli    

    Parlimen Teluk Intan ada 2 DUN. Changkat Jong dan Pasir Bedamar. Apa yang teman nampak DUN Changkat Jong ni..kalau dicalonkan orang2 Umno Bahagian, Ketue, Timbalan, Naib, Ketua Pemuda, Wanita, Puteri dan lain2 nampaknya susah….antara deme pun tak ngam…kot..kot boleh dapat balikpun..kerusi ni kalau dapat calon yang ada kelulusan profesional dan dalam hal agama…sebab majoriti melayu daerah ini adalah atas pagar dan penyokong pas jika dibandingkan dengan BN. Parlimen Teluk intan & DUN pasir Bedamar….teman anggap kantoi…Changkat Jong perlu calon yang baik dan dari sekarang perlu buat kerja…kalau BN nak menang…. apa yang ade setakat ni…teman rase kantoi gak… jamuan raya sana sini…yang datang orang yang sama (UMNO) je…

  7. ikhlas    

    Bro , lu orang cuba siasat adun pas titi serong. gua tgk dalam sinar harian. iklan dia punya ngo minta orang ramai derma kepada ngo tu untuk buat bangunan apa tah. 5 juta beb . gua nak minta lu orang siasat sebab dia punya ngo dia pengerusi, bini dia timbalan pengerusi. duit masuk akaun ngo dia sapa tahu dia boleh sapu sebab nama dia sama bini.

    lagi satu gua tgk iklan dalam sinar masuk akaun ngo. sebelum tu pun dia minta derma orang ramai konon untuk bantu rakyat susah guna akaun sama. macam mana dia boleh tahu orang ramai masuk duit untuk orang susah atau utk dia punya bangunan nak bina . 5 juta beb

    Ini orang pas tak boleh percaya punya, lu orang kena bongkar beb

  8. Pengundi berdaftar    

    Tahniah atas pandangan iklas. Teman rasa semunya diluahkan demi Agama, Bangsa dan Negara. Tetapi amalan pemimpin dalam UMNO, Selagi Tak Mati, Tak Mahu Berhenti…. Kalau diberhentikan awal ugut, anak atau menantu mesti ganti ( sbg cth: DUN Tualang Sekah, walaupun baru setahun jagung jadi ahli UMNO dah dijadikan calun. Dengar ceritanya minggu ini baru nak kahwin ). Kalau ada peluang melintas depan mata, baik projek, tanah, borang pingat semuanya mereka sapu. Malah duit tabung masjid atau surau disesetengah kampung pun mereka kebas tanpa mengira halal atau haram.

    Persoalannya, adakah pandangan iklas ramai ini diambil kira oleh pemimpin UMNO yang berkuasa. Biasanya mereka tak akan kira pandangan rakyat, yang diutamakan hanya kroni-kroni mereka sahaja.

  9. Firdaus azimi    

    CALUN-CALUN ADUN CHANGKAT JONG

    1. Datuk Idris Hashim ( Ketua Bahagian ) – Ijazah Sarjana Muda ( Perancang Bandar )
    2. Azahar Jamaluddin ( Timbalan K/Bahagian ) – Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )
    3. Dato’ Saiful Bahar Dato’ Arshad ( Naib K/Bhg) – Ijazah Sarjana Muda ( Perundangan )
    4. Hajjah Siti Zainun Abu Mansor ( Ketua Wanita)- Pesara Guru
    5. Nor Azlina Jumri ( Ketua Puteri ) – Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )
    6. Yuzaile Yusoff ( Ketua Pemuda ) – Sijil Pelajaran Malaysua ( SPM )
    7. Saiful Adli Dato’ Arshad ( Naib Ketua Pemuda) – Ijazah Sarjana Muda ( Perundangan )
    8. Haji Yahaya Hasan ( Setiausaha Bhg ) – Sijil Rendah Pelajaran ( SRP )
    9. Haris Omar ( Bendahari ) – Tamat Darjah Enam
    10. Anuar Mestar – Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )

  10. Pengundi berdaftar    

    Bro, zaman sekarang zaman IT. Pengundi memerlukan calun yang berwibawa dan berkelulusan. Jadi bagi calun yang hanya berkelulusan SPM kebawah, tak payahlah untuk beria-ia untuk lobi nak jadi calun. Jawatan dalam parti bukanlah tiket pasti jadi calun Wakil Rakyat. Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir baru juga mengeluarkan kenyataan bahawa disesetangah tempat, calun payung terjun masih di perlukan lagi.

    Rasanya, ramai lagi nama-nama besar yang tidak berjawatan didalam parti yang merupakan anak jati Teluk Intan yang telah berjaya boleh dipertimbangkan,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *