Kolumnis

YEOP MAHIDIN BERJAYA BUKTIKAN KOMUNIS ADALAH PENGGANAS BUKAN PEJUANG!

Nama Yeop Mohidin mungkin tidak lagi dikenali oleh ramai orang, terutama sekali golongan muda yang buta sejarah dan sebelum ini tidak pernah mengambil tahu tentang sejarah negara, kecuali untuk membantu Pakatan Rakyat dengan memutarbelitkan isu sejarah. Maka tidak hairanlah apabila puak-puak berkenaan begitu bersungguh-sungguh membela Komunis yang mereka sifatkan sebagai Pejuang Kemerdekaan Negara.

Parti Komunis Malaya yang besar kepala, cuba merampas pentadiran negara dengan cara yang paling ganas dan kejam. Mereka menagih janji British agar menyerahkan Tanah Melayu kepada Parti Komunis Malaya yang berkiblatkan Komunis Russia dan Mao Tze Tung, China. Apabila British enggan menyerahkan Tanah Melayu kepada gerila yang mereka sendiri latih dan perlengkapkan dengan senjata, latihan, perisikan serta taktik peperangan, maka PKM di bawah kepimpinan Chin Peng melancarkan peperangan, bukan sahaja terhadap British yang tidak menunaikan janji kepada mereka, tetapi kepada penduduk Tanah Melayu.

Dan apabila Rejimen Ke-10 PKM yang keseluruhan anggotanya adalah Melayu ditubuhkan di Pahang dan mula melancarkan keganasan, maka muncullah nama Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff yang dilahirkan pada 20 Februari 1918 di Kampung Lambor Kiri, Parit Perak.

Yeop Mahidin yang berpengalaman sebagai Majistret di Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dan Kajang dan Penolong Pegawai Daerah di Kuala Lipis, merupakan salah seorang yang menyertai Pasukan Sukarela Tempatan yang ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Pada 1945, dia telah dilantik sebagai pemerintah Pasukan Sukarela Tempatan dengan menyandang pangkat Mejar.

Ketika Perang Dunia Kedua tercetus, Yeop Mahidin telah menubuhkan pasukan Gerila Wataniah Pahang yang dilatih oleh Force 136 yang dipimpin oleh Mejar Richardson. Kekuatan pasukan tersebut hanya 254 orang dan diketuai oleh Yeop Mahidin sendiri. Antara kejayaan penting pasukan itu adalah membunuh 30 hingga 40 orang anggota tentera Jepun dan memusnahkan 41 buah kenderaan dalam satu serangan hendap yang dipimpin oleh Leftenan Yakin. Kejayaan tersebut adalah hasil perancangan dan pemilihan tempat serangan hendap oleh Yeop Mahidin.

Yeop Mahidin telah dihantar untuk menewaskan Rejimen Ke-10 PKM yang dianggotai oleh komunis Melayu dan dipimpin oleh Abdullah C.D. Yeop Mahidin yang tidak menghiraukan kekejaman komunis-komunis Melayu yang bukan sahaja memusnahkan aset British, tetapi membunuh dan menyeksa orang awam, termasuklah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai untuk menimbulkan kegerunan di hati penduduk tempatan.

Langkah pertama yang dilakukan oleh Yeop Mahidin adalah mewujudkan Home Guard untuk membantu menghadapi keganasanRejimen Ke-10 PKM pimpinan Abdullah CD. Ternyata kewujudan Home Guard telah banyak membantu menstabilkan keadaan. Komunis Melayu di Pahang yang sebelum itu telah banyak melakukan penjarahan dan pemusnahan, mula berasa terancam. Serangan yang dilakukan oleh pasukan Wataniah dan persekitaran kampung yang dikawal oleh Home Guard, menjadikan komunis-komunis Melayu itu berputus asa.

Akhirnya Abdullah CD melarikan diri ke sempadan Thailand bersama anggota-anggota Rejimen Ke-10 PKM yang masih bersisa.

Sebahagian daripada anggota Rejimen Ke-10 PKM adalah pejuang-pejuang nasionalis dari kelompok kiri terutama sekali ahli-ahli API, AWAS, PKMM dan sebagainya. Mereka memilih untuk menyertai perjuangan bersenjata yang ditawarkan oleh Chin Peng. Bagaimanapun, kesemua mereka telah diperdayakan oleh Chin Peng dan Parti Komunis Malaya yang berharap penyertaan orang Melayu dalam organisasi tersebut akan memudahkan mereka menjajah negara ini.

Bukan sedikit dendam Parti Komunis Malaya, Abdullah CD, Chin Peng dan komunis terhadap Yeop Mahidin. Dan sejarah tentang pembabitan Yeop Mahidin yang merupakan Pengarah pertama Askar Wataniah ini, perlu disebut sekali setiap kali Pakatan Rakyat cuba mengherokan komunis yang dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan. Sebabnya, Yeop Mahidin adalah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan pejuang sebenar daripada penyengutuan dengan komunis, sebaliknya mengesahkan tentang komunis tulen yang terus melakukan penjarahan dan keganasan ke atas rakyat negara ini!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");