Laporan Eksklusif, Perak Hari Ini

Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak akan mendaki Gunung Kinabalu

Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) akan menghantar 15 anggota pengamal media dari negeri ini untuk mendaki Gunung Kinabalu bagi mempromosikan Tahun Melawat Perak 2012 (TMP 2012).

Setiausaha KSKMP, Kamaruzaman Yusof berkata, program tersebut merupakan kerjasama di antara kelab, wakil media di Sabah dan kerajaan negeri Perak bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke sini tahun depan.

”Kita sedang membuat pemilihan peserta bagi memastikan hanya anggota yang benar-benar berkemampuan menyahut cabaran itu dipilih menyertai program ini.

”Apa yang memberi cabaran kepada pendaki adalah keupayaan mengekalkan stamina bagi mengharungi pendakian sehingga ke puncak yang mengambil masa lama dengan diselubungi cuaca sejuk,”katanya kepada pemberita hari ini.

Kamaruzaman berkata, pendakian akan dibuat pada bulan Disember ini bergantung kepada cuaca dan persediaan semua pihak yang terlibat.

Tambahnya lagi, dalam program itu, pendaki akan mengedarkan risalah mengenai tarikan pelancongan di Perak serta memasang banner TMP 2012 di puncak Kinabalu.\

Tetapi katanya, sekiranya mendapat kebenaran dari pihak berkuasa di Sabah kita akan memasang banner itu di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Beliau berkata, untuk menjayakan perkara ini KSKMP telahpun menghubungi beberapa wakil media di Sabah untuk membantu menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini.

”Semua pendaki akan mengikuti beberapa siri latihan dan pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas ke Sabah untuk memulakan pendakian,”katanya.

Antara peserta yang telah terpilih menyertai program ini adalah Mohd Zabidi Osman (Bernama), Tajul Safuan Abu Hassan (Bernama), Mohd Helmi Mohd Nor (Perak Today) dan Fazli Ahmad (TV3).

Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter terletak di kawasan Taman Kinabalu di sini yang merupakan Tapak Warisan Dunia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");