Program Basmi Kemiskinan

Sindiket jual batu ajaib palsu

SERI ISKANDAR – Polis sedang memburu dua lelaki yang memperdaya dua mangsa sebanyak puluhan ribu ringgit menggunakan sebiji batu kononnya batu ajaib dan boleh mendatangkan kekayaan serta menyembuhkan penyakit.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, dua lelaki lewat 40 hingga 50-an berkopiah menghampiri seorang warga emas berusia 60 tahun di pekan kecil Parit.

“Suspek kemudian menawarkan batu geliga delima yang kononnya diperturunkan kepadanya sejak sekian lama malah suspek menyakinkan mangsa dia memilihnya berdasarkan firasatnya untuk memiliki batu itu.

“Bagaimanapun, warga emas tersebut perlu membayarnya untuk memiliki batu delima berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, semalam.

Katanya, bagi meyakinkan mangsa lelaki berkopiah itu melakukan demonstrasi dengan meletakkan batu itu dalam bekas air yang kemudian mengeluarkan cahaya kemerahan-merahan.

Kebetulan pada masa yang sama, katanya, warga emas berkenaan sebelum ini pernah didatangi mimpi bakal memiliki batu delima lalu tanpa banyak bicara bersetuju untuk membeli batu berkenaan.

“Mangsa kemudian memberikan RM10,000 sebagai bayaran kepada suspek dan wang itu dikeluarkan di sebuah bank di sini.

“Warga emas berkenaan kemudiannya terus balik ke rumah tanpa mengesyaki apa-apa dan sama sekali tidak menyangka beliau ditipu,” katanya.

Mohamad Fakri berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu setelah anaknya pulang dari kerja.

“Mangsa hanya menyedari dirinya tertipu setelah anaknya membelah batu berkenaan dan mangsa terkejut apabila mendapati terdapat diod pemancar cahaya (LED) di dalamnya.

“Warga emasa terbabit kemudiannya membuat laporan polis dan setelah disemak, mangsa merupakan mangsa kedua di Parit,” katanya.

Dalam kes sebelum ini, katanya, seorang lagi warga emas turut diperdaya dengan cara sama di sekitar pekan kecil berkenaan.

Mangsa tersebut, katanya, mengeluarkan beribu ringgit dari bank dan selepas menyedari tertipu, laporan polis dibuat selepas itu.

Mohamad Fakri berkata, pihaknya meminta orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan sindiket jualan batu ajaib khususnya warga emas.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tipu helah sindiket itu dan jangan sesekali mudah terpedaya dengan pujuk rayu serta rujuk dahulu sesuatu perkara kepada mereka yang lebih tahu.

“Buang sikap tamak ingin cepat menjadi kaya atau mendapatkan sesuatu keuntungan kerana tiada yang mudah dan dapat begitu sahaja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");