shadow

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd  Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.

Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

“Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,” demikian entri akaun Twitternya.

Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.

Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad Zabidin berkata, tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut bagi mensabitkan Anwar.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

-UMNO Online

Comments

Comments

  1. Adi Kencana    

    Yaaa, di dunia mungkin boleh lepas, tapi di akhirat semuanya akan diadili sewajarnya…

    NURUL, SIAPA AGENT PROVOCATEUR?? Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

  2. mamat    

    sudara sebelum masyar tu bawa ler kes kata Makhmah Syariah dulu……boleh mintak peruntukan wang zakat Wilayah Persekutuan buat bayar khidmat peguam…aper macam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *