shadow

KUALA LUMPUR – Pas telah terbukti gagal sebagai sebuah kerajaan dan mentadbir negeri apabila sanggup bersikap lepas tangan sehingga menyusahkan rakyat ekoran daripada pertelingkahan dalaman yang berlaku dalam parti tersebut, kata penganalisis politik tempatan Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

Jelasnya, apabila pentadbiran kerajaan Pas di Kedah diletakkan di bawah seliaan Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat yang dibentuk untuk mengawalselia kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, maka terbukti bahawa ia berlawanan dengan konsep demokrasi dan tidak manyamai ritual pentadbiran yang sah.

“Apabila ada orang lain yang lebih besar kuasanya daripada orang yang sepatutnya mengawal selia maka ia samalah seperti pemandu kereta yang duduk di depan manakala ‘bos’ duduk di kerusi belakang akan mengarahkan apa-apa yang perlu tanpa mahu bertanggungjawab apabila ada kesulitan atau kesilapan terjadi,” katanya.

Jelas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), adalah sesuatu yang pelik apabila pentadbiran Pas di Kedah diletakkan dibawah seliaan jawatankuasa sedangkan pentadbiran parti yang sama di Kelantan tidak pernah dilakukan sedemikian.

“Dari segi akauntibilitinya, siapa yang nak dipersalahkan sekiranya ada musibah sedangkan Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Kedah tidak mempunyai kuasa manakala seliaan penuh diletakkan di bawah jawatankuasa yang tidak sah kerana tidak terkandung dalam undang-undang negeri.

“Dalam pentadbiran negeri ada perundangannya sendiri tanpa melihat kepada parti mana yang memerintah kerana ia adalah kuasa penuh daripada Sultan Negeri Kedah sedangkan jawatankuasa terbabit ditubuhkan atas dasar parti yang tidak mendapat mandat untuk berbuat demikian,” katanya.

Tambahnya lagi, sewajarnya kepentingan rakyat adalah keutamaan tanpa melihat kepada kecelaruan atau ‘puting beliung’ yang terjadi dalam parti.

“Ada satu suasana yang tidak sihat wujud dalam pentadbiran kerajaan Negeri Kedah apatah lagi, Menteri Besarnya sendiri tidak menaruh kepercayaan kepada Exco-exconya yang dilantik untuk menjadi pemangku beliau sekiranya bercuti,” katanya.

Ujarnya, keresahan rakyat mula timbul kerana urusan pentadbiran perlu terus berjalan tanpa ‘bercuti’ sebagaimana pemimpinnya bagi memastikan kehidupan rakyat secara keseluruhannya terjamin.

“Sebuah pentadbiran yang kemas akan ada ketua dan sekiranya seseorang pembesar /ketua negeri terbabit uzur atau bercuti akan ada surat pekeliling yang dikeluarkan bagi memaklumkan bahawa tugas beliau akan dipangku oleh orang tertentu yang akan bertanggungjawab untuk jalankan tugas demi rakyat.

“Takkan nak tutup kerajaan negeri sampai satu bulan sekiranya Menteri Besarnya tidak hadir selama sebulan kerana rakyat di dalam negeri terbabit perlu meneruskan kehidupan tanpa melihat kepada mana-mana idealogi politik kerajaan yang mentadbir.

“Di dalam Barisan Nasional (BN) tidak timbul permasalahan sedemikian malah ketika Perdana Menteri bertugas ke luar negara maka Timbalan beliau akan menggalas tugas bagi memastikan negara berada dalam keadaan yang tenteram dan sejahtera.”

Dilaporkan, Menteri Besar Kedah, Azizan memberitahu bahawa beliau ingin bercuti, namun tidak bercadang untuk melantik pemangku semasa ketiadaannya kerana menganggap bahawa ia bukan sesuatu yang susah sebagaimana katanya, “cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah… Cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih.”

“Setiap Menteri Besar adalah CEO yang bertanggungjawab ke atas negerinya dan perlulah melantik seorang Exco bagi melaksanakan atau melancarkan perjalanan pentadbiran untuk tempoh beliau tidak bertugas.”

– MediaUMNO

Comments

Comments

  1. Hesam Bagan Tiang    

    MB Dato’ Azizan perlu melapur kepada Steering Committee..SComm pulak report kat siapa?. Anwar Ibrahim jugak ka?..ermm..nak buat camana no..dah nasib PAS bertuankan sheik Anwar .. ni le gamaknya kawan-kawan kita yg dok sokong & mengundi PAS tu mau..janji menang sorakkk

    Nelayan pakar dalam menangkap ikan..petani pakar dlm bercucuk tanam..tapi bila nelayan nak jadi Tok Penghulu, petani pulak nak jadi Tok Guru maka kelam kabut la masyarakat.

    Politik Kedah macam tu jugak la..bila yang bukan ahli/pakar dalam bidang pengurusan dilantik jadi pentadbir kerajaan..maka huru-hara la jadinya..

    Terkenangkan Dato’ Shahnon..Sasterawan hebat yang gagal untuk berfungsi sebagai Wakil Rakyat..sebabnya, dia pandai menulis je..bekerja dalam masyarakat dia tak tau..skill YB tu dia zero..tenaga pulak kurang

    Tabik pada DS Zambry..biarpun Perak dikuasai dengan cara meniru idea 16 September Anwar ..DS Zambry mampu menstabilkan negeri hingga senyap sunyi suara Nizar & DAP..Moga PRU13 ni Perak terus kekal dalam genggaman..Jagalah sama kesihatan anda DS..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *