shadow

Hanya 3,000 penyokong Bersih 3.0 berhimpun di Padang Polo hari ini, bagi menuntut sistem pilihan raya yang lebih adil dan telus daripada kerajaan.

Kawasan sekitar taman rekreasi itu mula dibanjiri penyokong Bersih seawal jam 9 pagi tadi dan mereka memakai baju T-shirt berwarna kuning tertera perkataan BERSIH.

Mulai jam 1 petang, semakin ramai penyokong membanjiri Padang Polo dan pada jam 2 petang, perarakan bermula dari Hotel Heritage yang diketuai oleh Adun Sungkai, A Sivanesan.

Mereka bergerak beramai-ramai menuju ke Padang Polo sejauh kira-kira 3 km.

Ketika ini, keadaan agak terkawal dan pihak polis terus memantau pergerakan penyokong dari semasa ke semasa.

Kelmarin, Pakatan Rakyat dalam satu sidang media di Ipoh mensasarkan 50,000 penyokong dari negeri Perak akan menjayakan perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur.

Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Abdul Rahim Arif pula dilaporkan berkata, pihaknya memberi kelulusan untuk menganjurkan perhimpunan itu di Padang Polo dan mahu pihak penganjur memastikan ia berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal.

Comments

Comments

  1. ayh_chor    

    sonok dema dpt berkumpol ye..tp takpe le..kalo buat care bersopan dan tak menyusahkan sesape..kire ok la tu..kalo bolih mintak jasa baik A Sivanesan bawak byk2 plastik hitam untuk kutip sampah2 yang bakal ditinggalkan oleh penyokong2 beliau ye..jgn berak tengah padang udah le..nanye pulak pekeja mbi nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *