shadow

PETALING JAYA: Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur turut diadakan di lima negeri lain pada Sabtu.

Di Kuantan, himpunan anti Lynas berkumpul di Taman Gelora pada pukul 2 petang.

Kira-kira 45 minit kemudian, penyokong mulai bersurai selepas beberapa pemimpin pembangkang menyampaikan ucapan dan penyokong menyanyikan lagu serta slogan membantah pembinaan kilang Lynas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata pihak penganjur tidak mempunyai permit daripada pihak polis untuk mengadakan himpunan di taman berkenaan.

Sementara itu, di Ipoh, penyokong demonstrasi berkumpul si Pusat Rekreasi Sultan Abdul Aziz tanpa kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang yang berada di Kuala Lumpur menyertai Perhimpunan Bersih 3.0.

Mereka mula berkumpul seawal pukul 11 pagi di pusat rekreasi yang lebih dikenali sebagai Padang Polo.

Puluhan anggota polis ditempatkan di padang tersebut dan kebanyakan mereka hanya berpakaian preman. Mereka juga hanya memerhatikan demonstrasi tersebut pada jarak yang agak jauh. Kumpulan tersebut bersurai pada pukul 3.30 petang.

Di Kota Kinabalu, penyokong Bersih berarak menuju ke Padang Merdeka walaupun berlangsungnya acara rasmi di padang tersebut.

Mereka hanya dibenarkan menggunakan sebahagian kecil padang tersebut kerana Program Bandar Selamat yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan turut berlangsung di tengah padang tersebut pada Sabtu.

Kumpulan tersebut duduk dan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri sebelum mendengar ucapan daripada wakil parti pembangkang. Kumpulan berkenaan bersurai pada pukul 4.30 petang.

Di Melaka, penyokong Bersih berkumpul di Dataran Pahlawan. Mereka berarak dengan membawa kain rentang dan melaungkan slogan supaya sistem pilihan raya di negara ini diubah.

Kebanyakan peserta berarak mengelilingi padang tersebut yang ditutup oleh pihak berkuasa tempatan untuk pertandingan pancaragam.

Pegawai polis dan penguatkuaa daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah turut ditempatkan di kawasan perhimpunan tersebut bagi mengawal keadaan trafik serta mengelakkan daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Di Johor Bharu, penyokong Bersih berkumpul di Dataran Bandaraya hingga menggangu acara sukan Majlis Bandaraya Johor Bharu yang telah dirancang sejak awal tahun ini.

Oleh kerana padang berkenaan dikhaskan untuk acara sukan yang berlangsung peserta demonstrasi berarak sepanjang Jalan Lingkaran Dalam dan Jalan Abu Bakar, Jalan Skudai yang terletak berhampiran dengan Hospital Sultanah Aminah.

-mStar Online

Comments

Comments

  1. sintak buyung    

    Berbincang dgn spr dah buat, 8 tuntutan resmi bersih dah diserahkan kpd jawatan kuasa penambahbaik pilihan raya, tp cuma satu saja yg di pertimbangkan, cara berunding dah buat tp tak di endahkan juga. Bermcm dolak dalik dan alasan yg diberi oleh jawatan kuasa yg majoritinya dilantik oleh dan mewakili kerajaan barisan nasional. Kalau diteliti tuntutan Bersih tidak lah susah mana kalau kerajaan dan spr nk laksanakan tp kesan perlaksanaan itu akan menjadikan kerajaan sukar utk memanipulasi prinsip dan perlaksanaan pilihanraya (Dis-Credit) sbb itu kerajaan menolak tuntutan Bersih. Kalau Kerajaan yg berkuasa skrg dan spr benar benar ikhlas kenapa takut utk merealisasikan permintaan utk proses pilihanraya yg bersih ? Kenapa.jd.pengecut ? Kalau pemimpin kerajaan yg ada dan pengerusi spr bercakap bkn main manis dan berdegar degar tp takut utk menghadapi kebenaran…Jd apa.pilihan yg ada ? Kalau semua pintu perbincangan dah diperlekehkan ? Apa yg tinggal ? Turun berdemolah.,saya generasi muda ahli umno seumur hidup muak.dgn sikap gila kuasa pemimpin umno yg masih mimpi lg.

  2. sintak buyung    

    Saya sintak buyung, golongan muda ahli umno seumur hidup, merasa mual dgn sikap pura pura dan gila kuasa pemimpin umno…Yang haq tetap haq, tiada batil dpt mengatasi yg haq..

  3. Penegur    

    saya setuju dengan pendapat penulis, cuma satu nasihat rasanya tidak perlu mengeluarkan kata kata kesat seperti bodoh dan tolol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *