Program Basmi Kemiskinan

Nizar Jamaludin fitnah Dr Zambry berhubung isu tanah setinggan di Simpang Halt

SIMPANG HALT- DS Nizar pada 31 Mac lalu bertemu peneroka bandar (setinggan) Kg Simpang Halt, dekat Taiping.

Sebanyak 11 keluarga berketurunan India telah menerima notis mengosongkan tanah yang diduduki mereka sejak 50 tahun lalu daripada Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama (LMS).

Nizar meminta penduduk membentuk jawatankuasa bertindak untuk menangani masalah mereka.

Menurut DS Nizar, semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak,kerajaan memberi hak milik kepada penduduk yang telah meneroka tanah kerajaan puluhan tahun.

“Kerajaan Pakatan Rakyat akan beri tanah kepada penduduk yang berhak,” kata DS Nizar.

Dalam ucapannya, DS Nizar turut menyatakan isu ini lebih ke arah politik, mengugut penduduk pada saat menghadapi pilihan raya.

“MIC ugut penduduk tak sokong kasi tanah, kemudian undi BN baru dapat tanah,” dakwa DS Nizar.

Kebanyakan rumah didiami banyak keluarga dan ada yang mempunyai empat buah keluarga dalam sebuah rumah.

Tapi kini mereka menanti saat untuk dihambat keluar.

Sementara itu, DS Nizar meminta penduduk mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU-13 ini untuk menjaga kebajikan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");