Kolumnis

PAS Rela ‘Dipijak’ DAP Di Pulau Pinang!!!

BILA Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi menegaskan bahawa PAS merupakah parti yang dominan dalam gabungan Pakatan Haram di Malaysia, ramai yang tertawa mendengar hujahnya di program debat bersama Pengerusi Sekretariat ILMU, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

Entah bagaimana hujah itu terkeluar daripada mulutnya, namun ia masih lagi menjadi bahan gelak ketawa orang ramai yang sememang menyedari tentang Nasrudin yang terdesak menipu diri sendiri berkenaan hujah tidak masuk akal itu.

Benarkah Nasrudin menipu dan benarkah PAS merupakan parti dominan di dalam Pakatan Haram?

Mari kita renungkan kes yang menjadi contoh terbaik untuk dikaitkan dengan dakwaan Ketua Dewan Pemuda PAS itu.

Pada Pilihanraya Umum ke-12 yang berlangsung pada Mac 2008 yang lalu, Pakatan Haram berjanji untuk memberikan jawatan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kepada PAS sekiranya mereka berjaya menjajah Pulau Mutiara itu.

Namun, setelah menang pada pilihanraya umum tersebut, “Khalifah” Lim Guan Eng yang dilantik dan “dibaiah” taat setia para penganut agama PAS itu tidak menunaikan janji tersebut.

Ketika itu, para penyokong PAS di negeri Pulau Pinang masih bersabar dan enggan mendesak “Khalifah” mereka itu untuk menunaikan janji tersebut dengan melantik pemimpin PAS sebagai  Yang DiPertua MAIPP.

Pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir kemudiaannya, Pakatan Haram Pulau Pinang sekali lagi menabur janji untuk melantik calon PAS di PRK tersebut, Salleh Man, sebagai Yang DiPertua MAIPP jika dia berjaya menang sebagai ADUN.

Mendengar janji manis Guan Eng itu, maka pak-pak lebai PAS bekerja keras untuk memenangkan Salleh Man pada PRK DUN Permatang Pasir tersebut, dengan harapan pemimpin tertinggi PAS Pulau Pinang itu diberi jawatan penting itu selepas kemenangannya.

Ditakdirkan Allah, Salleh Man menang sebagai ADUN Permatang Pasir dan para penyokong PAS mula menyuarakan kehendak mereka serta meminta janji tersebut ditunaikan segera.

Namun, malang bagi PAS yang dilayan seperti “parti berkasta paling hina”, Salleh Man tidak dilantik pun memegang jawatan Yang DiPertua MAIPP sebagaimana yang dijanjikan.

Ekoran itu, ramai para penyokong PAS di negeri itu yang tidak berpuas hati dan marah-marah kepada kepimpinan “Khalifah” junjungan mereka itu.

Namun, mereka dikatakan hanya berani merungut di belakang memandangkan mereka sudah berjanji dan berbaiah sebagai tanda taat setia kepada “Khalifah” Guan Eng yang disifatkan sebagai bayangan Khalifah Umar ibnu Abdul Aziz itu.

Namun semalam, Salleh Man akhirnya secara sah dilantik jua sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Paling melucukan, jawatan tersebut berkuatkuasa semalam dan lantikan tersebut dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2013!

Menarik bukan? Janji yang ditabur pada Mac 2008 hanya ditunaikan semalam, 27 Julai 2012, iaitu lebih kurang empat tahun selepas janji manis itu dibuat oleh Pakatan Haram Pulau Pinang!

Persoalannya, apakah PAS tidak rasa terhina dengan perlantikan tersebut dan apakah PAS tidak sedar bahawa mereka seolah-olah dipermain-mainkan oleh Lim Guan Eng yang dikatakan langsung tidak memandang kepentingan parti itu di Pulau Pinang?

Apakah Nasrudin Hasan Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS tidak dapat menilai tindakan DAP itu sebagai satu petanda bahawa PAS hanyalah parti kelas terbawah dalam Pakatan Haram dan bertentangan dengan hujahnya di program debatnya baru-baru ini?

Pada saya, sekiranya saya di tempat Salleh Man, InsyaAllah saya akan menolak mentah-mentah perlantikan tersebut dan saya tidak rela membiarkan maruah diri saya dipijak-pijak oleh Guan Eng yang terkenal dengan sifat chauvinis ultra kiasu itu.

Melalui kes ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa PAS bukanlah sebuah parti dominan dan hanyalah sebuah parti yang di”hanjing”kan oleh DAP dan PKR.

Apakah PAS dan para penyokongnya “buta” menyenai fakta ini? Wallahua’alam.

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");