Membawang Hari Ini

Mariah Carey dibayar RM57.3 juta?

SEBAIK sahaja Jennifer Lopez dan Steven Tyler mengumumkan pengunduran mereka daripada program American Idol, ramai berteka-teki mengenai pengganti mereka.

Namun tidak sampai dua minggu mereka meninggalkan program realiti itu, pihak produksi mengambil langkah segera mengumumkan penglibatan Mariah Carey untuk duduk di kerusi panas American Idol bagi musim ke-12.

Sementelah lagi, sebelum ini nama pelantun lagu We Belong Together ini banyak kali disebut-sebut bakal menggantikan Jennifer.

Justeru itu, apabila khabar angin bertiup kencang, suami Mariah, Nick Cannon muncul dengan kenyataan memberitahu ‘harga’ isterinya itu terlalu mahal untuk duduk di kerusi panas American Idol.

Menurut Nick, jika isterinya ditawarkan untuk menjadi juri, maka bayaran sepanjang program tersebut mestilah melebihi bayaran yang pernah diberikan kepada Jennifer Lopez dan Steven Tyler.

Diva terkenal ini juga dikhabarkan telah beberapa kali menolak tawaran pihak produksi program hiburan nombor satu di Amerika Syarikat itu.

“Saya tidak tahu sama ada mereka mampu membayar Mariah Carey atau tidak kerana ia memerlukan wang yang cukup banyak. Sekiranya mereka tidak mempunyai masalah memberi JLo ASD20 juta, maka bayaran untuk Mariah adalah dua kali ganda daripada harga tersebut,” katanya.

Namun, khabar angin yang bertiup kencang ini berjaya ditamatkan pada 24 Julai lalu dengan persetujuan daripada penyanyi kelahiran Huntington, New York ini, yang secara rasminya menerima posisi tersebut setelah ditawarkan sebanyak ASD18 juta (RM57.3 juta).

Lebih menarik lagi, ibu kepada anak kembar Monroe dan Moroccan ini menduduki tangga teratas juri program realiti televisyen yang mendapat bayaran paling tinggi setakat ini dengan tawaran tersebut.

Bayaran yang diterima itu sekali gus menyaksikannya berjaya meninggalkan jauh JLo semasa menjadi juri American Idol, yang menerima bayaran RM38.2 juta serta mengetepikan Christina Aguilera sebagai mentor program The Voice musim ketiga dengan menerima bayaran RM31.6 juta.

Malah, pesaing terdekat diva itu juga, penyanyi Britney Spears yang baru-baru ini dilantik menjadi juri rancangan The X Factor dengan menerima bayaran RM50.9 juta turut berjaya dikalahkan.

Sedia didik bakat baru

Maklum akan pengalaman Mariah dalam industri hiburan antarabangsa dengan menerima lebih 100 pengiktirafan seluruh dunia, pihak produksi American Idol rasa berbaloi dengan harga yang mereka letakkan kepada diva terkenal itu.

Justeru itu, bagi memperlihatkan dirinya layak menerima bayaran termahal, Mariah memberitahu, dia sudah bersiap sedia untuk membantu bakat baru dalam program tersebut.

“Saya rasa tidak sabar untuk bekerja dalam produksi American Idol. Sebagai penyanyi dan juga penulis lagu, saya benar-benar teruja untuk mencungkil bakat-bakat baru yang ada di sini,” ulasnya dalam laman Twitter peribadi miliknya selepas diumumkan secara rasmi sebagai juri.

Jelas Mariah, pembabitannya dalam program tersebut juga dianggap sebagai usahanya untuk mencari penghibur yang benar-benar berbakat dan berkaliber, bukan setakat pandai menyanyi sahaja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");