Sukan Hari Ini

Manchester City tersingkir

LONDON – Penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan yang berada pada prestasi terbaik, Everton tersingkir daripada Piala Liga selepas pengurus kedua-dua kelab melakukan perubahan besar dalam kesebelasan utama ketika menghadapi perlawanan pusingan ketiga semalam.

City tewas 2-4 kepada Aston Villa selepas masa tambahan dengan menurunkan skuad yang sama sekali berbeza ketika seri 1-1 dengan Arsenal Ahad lalu.

Everton pula yang melakukan enam pertukaran pemain, kecundang 1-2 kepada kelab divisyen dua, Leeds United.

Chelsea turut membuat perubahan barisan pemain semalam, tetapi masih diketuai John Terry dan berjaya melangkah ke pusingan keempat apabila melakar kemenangan 6-0 ke atas Wolverhampton Wanderers di Stamford Bridge.

City, yang membariskan skuad kedua masih menyenaraikan pemain yang bernilai jutaan pound, termasuk Carlos Tevez, Jack Rodwell, James Milner, Gareth Barry dan Mario Balotelli.

Rembatan rendah yang kencang daripada Balotelli meletakkan City di depan sebelum Villa menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri Barry, yang tertampan bola ke gawang.

Aleksandar Kolarov menyempurnakan gol kedua City hasil sepakan bebas bagi membolehkan City sekali lagi berada di depan pada minit ke-64.

Gabriel Agbonlahor menyamakan buat Villa lima minit kemudian bagi memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Charles N?Zogbia meledakkan gol ketiga pasukan pelawat pada masa tambahan dan Agbonlahor menjadi pemusnah harapan tuan rumah apabila menewaskan penjaga gol City, Costel Pantilimon untuk jaringan keempat.

?Saya memang kecewa dengan keputusan ini, Aston Villa merupakan pasukan yang bagus dan kami pula kami tidak bermain baik,” kata pengurus City, Mancini.

Sementara itu, pengurus Everton, David Moyes hanya mengekalkan Victor Anichebe, Seamus Coleman, Marouane Fellaini, Johnny Heitinga dan Kevin Mirallas dari skuad yang membelasah Swansea City 3-0, Sabtu lalu.

Pasukan pelawat bermula cemerlang dalam kempen Liga Perdana apabila menghuni tangga ketiga selepas lima perlawanan, tetapi wajah baru yang disenaraikan dalam kesebelasan utama dipaksa bekerja keras di Elland Road.

Pemain Leeds, Aidy White meletakkan tuan rumah di depan seawal minit keempat, sebelum rakan sepasukan, Danny Pugh menggandakan kedudukan pada babak kedua permainan. Sylvain Distin menjaringkan gol sagu hati buat Everton. – REUTERS

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");