Jenayah

Pemilik Bengkel Maut Dalam Kebakaran Di Premis

Gambar hiasan:-

IPOH: Seorang pemilik sebuah bengkel kenderaan maut dalam kebakaran di bengkelnya di Laluan Lahat Baru 2, Bandar Lahat Baru di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, mangsa Lim Jeng Yim, 33, ditemui mati dipercayai akibat lemas dalam keadaan terbaring dalam bilik air di tingkat satu bengkel berkenaan.

Penolong Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Ahmad Aminuddin Abdul Rahim berkata mangsa ditemui oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi memadam dan menyelamat hampir sejam selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.30 petang.

“Selain bengkel kepunyaan mangsa, sebuah rumah kedai lain yang bersebelahanbengkel itu turut terbakar. Kedua-dua kedai tersebut 80 peratus hangus,” katanyaketika dihubungi di sini.

Beliau berkata kebakaran dipercayai bermula di bahagian hadapan bengkel itusebelum merebak ke bahagian lain premis berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedahsiasat, katanya.

Katanya, empat buah jentera dari Balai Bomba Pasir Putih, Batu Gajah danIpoh dikejarkan ke tempat kejadian.

Punca kebakaran sedang disiasat, katanya.

BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");