Jenayah

Rokok seludup dirampas

Gambar hiasan:-

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya merampas rokok seludup bernilai RM31.5 juta tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili berkata, jumlah itu hasil rampasan lebih 400 juta batang pelbagai jenis rokok seludup sejak awal tahun ini dengan nilai cukai RM193.34 juta.

Beliau berkata, rokok itu secara purata dijual pada harga RM10 sekotak di negara ini, namun lebih murah di negara Asean lain iaitu RM1.02 sekotak di Kemboja, Filipina (RM2.30), Indonesia (RM3.67), Vietnam (RM2.75) dan Thailand (RM4.62).

Selain faktor harga tinggi, Matrang berkata, penyeludupan rokok berleluasa di negara ini kerana mudah diseludup melalui pesisir pantai dan dijual di kedai runcit, warung serta pasar mini.

Menurutnya, penurunan aktiviti penyeludupan rokok itu adalah ekoran usaha berterusan membanteras kegiatan tersebut melalui kempen kepada umum agar tidak membeli rokok seludup, penguatkuasaan melalui operasi penyeludupan dan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain.

–  Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");