Jenayah

Trauma rumah terbakar dua kali

BESUT: Seorang anggota polis bantuan trauma kerana belum sempat melupakan pengalaman pertama kuartersnya terbakar awal bulan lalu dia menghadapi musibah yang sama di kuarters kedua yang baru didiaminya petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, Mohamad Adnan Hasbullah, 52, yang tinggal bersama empat orang anak dan isterinya, tinggal sehelai sepinggang apabila hampir semua pakaian dan peralatan rumah yang disedekahkan orang ramai ketika kejadian kebakaran pertama pada 12 September lalu turut musnah terbakar.

Tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kampung Raja berjaya memadam kebakaran itu sepenuhnya dan menghalang api daripada merebak ke kuarters bersebelahan, dalam tempoh 55 minit.

Kebakaran dipercayai bermula di tingkat dua kuarters separuh konkrit itu iaitu dari sebuah bilik tidur sebelum merebak ke seluruh bahagian tingkat berkenaan.

Sementara itu mangsa Mohamad Adnan ketka ditemui di tempat kejadian berkata semasa kejadian beliau dan keluarganya dalam perjalanan menuju ke Pasir Putih, Kelantan untuk menghadiri kenduri keluarga terdekat.

“Ketika sedang memandu dan sampai di Kampong Tok Khamis, saya menerima panggilan daripada kawan yang mengatakan kuarters saya terbakar.

“Dengan bantuan rakan-rakan, kami hanya sempat menyelamatkan barangan perabot yang terletak di tingkat bawah sahaja kerana di tingkat atas terbakar hampir keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata kejadian malam tadi merupakan kali kedua dialaminya dalam masa 45 hari.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");