Isu Panas

Muhyiddin Mahu Dong Zong Hentikan Tohmahan Terhadap K’jaan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 tidak mempunyai niat jahat atau tujuan terselidung bagi meminggirkan pendidikan bahasa Cina dan Tamil.

Beliau berkata kerajaan sememangnya bertindak adil terhadap semua jenissekolah dan mahu meningkat kualiti pendidikan di semua aliran.

Mengulas dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kononnya PPPM boleh menjejaskan pendidikan di sekolah aliran Cina dan Tamil, beliau berkata ia adalah tidak betul sama sekali dan merupakan satu tanggapan salah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata semua sekolah kecuali sekolah menengah persendirian Cina yang mengelolakan Sijil Peperiksaan Bersepadu(UEC) akan menerima faedah daripada pelan tersebut.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan Dong Zong itu pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, Ahad.

Dong Zong pada Ahad menganjurkan perhimpunan membantah pelan itu keranakhuatir ia akan meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, di samping memintakerajaan bersikap adil terhadap semua sekolah.

Mengulas lanjut mengenai tiga usul yang dibangkitkan Dong Zong, Muhyiddinberkata PPPM langsung tidak menyebut untuk meminggirkan sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil, malah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) dan Tamil (SJKT) terus kekal dan turut disebut dalam laporan tersebut.

Mengenai pertambahan waktu pengajaran Bahasa Melayu pula, Muhyiddin berkata ia dibuat dalam bentuk kelas tambahan tanpa mengganggu masa pembelajaran bahasa Cina atau bahasa Tamil supaya mereka dapat memantapkan Bahasa Melayu yang mana akan diperlukan untuk masuk ke sekolah menengah nanti.

Mengenai kelas peralihan pula, yang penghapusannya tidak dipersetujui DongZong, beliau berkata kelas tersebut adalah tidak perlu sekiranya pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT adalah setanding dengan sekolah-sekolah biasa.

Justeru, Muhyiddin mahu Dong Zong menghentikan tohmahan terhadap kerajaanberkenaan perkara itu kerana ia hanya dibuat untuk tujuan politik semata-mata.

“Semua rakyat Malaysia sokong PPPM kenapa Dong Zong tak sokong. Yang menyokong Dong Zong pun hanya beberapa pertubuhan. Banyak lagi pertubuhan yang tak sokong Dong Zong kerana dia tahu Dong Zong ada muslihat politik.

“Saya tidak ada kepentingan politik. Saya melihat dari segi kepentingan pelajaran. Sebab itu kita bersetuju (dengan pelan ini),” katanya.

Muhyiddin juga berkata Dong Zong seringkali melihat apa yang diusahakan kerajaan sebagai berniat jahat dan bertujuan merosakkan bahasa Cina dan masadepan bahasa itu walaupun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Kalau itulah nak dibuat, mungkin dah berpuluh-puluh tahun dulu kita dah buat. Yang terbukti dalam Barisan Nasional sehingga 55 tahun merdeka, tidak adabuat begitu. Tidak ada sekolah Cina ditutup, tiada bahasa Cina tak boleh diajar,tambah guru Cina pun ada, tambah sekolah Cina pun ada,” katanya.

Beliau berkata ia membuktikan bahawa pandangan Dong Zong adalah salah dan berharap agar masyarakat Cina tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan olehpertubuhan itu.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");