Program Basmi Kemiskinan

Anwar Ibrahim gagal tandingi kebijaksanaan Mahathir!


Kononnya Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan di era UMNO, punya pengetahuan ekonomi super hebat. Malangnya amanah yang diberikan Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di waktu itu kepada Anwar untuk merancang kewangan negara berkecai di tengah jalan.

Anwar boleh berkepak dan berkokok bahawa dia dapat menyelamatkan negara jika dipilih menjadi

bakal perdana menteri bersemayam di Putrajaya kalau Allah swt dan rakyat merestuinya. Tapi Allah telah menguji taraf kemampuannya untuk mengatasi ekonomi negara pada tahun 1997-98 bilamana penyangak mata wang, George Soros, memporakperandakan ekonomi berbagai negara di Asia.Anwar dalam kepanikannya terpaksa merayu dan meminta nasihat dari tokoh IMF, Camdessus untuk mengatasi kemelut tersebut. Dia sendiri tidak yakin para pakar ekonomi anak tempatan boleh mengatasi krisis kewangan tersebut.

Nasihat IMF bukan untuk memulihkan kembali kestabilan kewangan negara. Sebaliknya dia memberi nasihat untuk menghancurkan lagi ekonomi Malaysia mencadangkan dihapuskan subsidi kepada rakyat, menaikkan pembayaran bulanan kad kredit dari 5% menjadi 15%.

Rakyat jadi panik. Di Indonesia Suharto terpaksa akur dengan desakan IMF kerana Indonesia banyak berhutang dengan badan kewangan antarabangsa tersebut. Akhirnya Suharto digulingkan oleh rakyatnya sendiri.

Mahathir dapat membaca kilat dalam kilau mainan politik Anwar yang bersekongkong dengan IMF. Dengan tegas dan cepat Mahathir bertindak. Dengan menggunakan kepakaran ekonomi anak watan, Mahathir mengadakan kawalan ketat ringgit Malaysia.

Ringgit tidak boleh diperdagangkan di luar negara. Semua ringgit di luar negara mesti masuk kembali dalam negara dalam masa sebulan dari tarikh pengumuman kawalan ringgit. Ringgit di luar pesisir Malaysia tidak akan laku lagi selepas masa sebulan dari pengumuman kerajaan. Keuntungan dari transaksi bursa saham Kuala Lumpur tidak boleh di bawa keluar negara dalam tempoh setahun.

Ya, Mahathir dikecam hebat oleh Bank Dunia, IMF, Amerika dan negara-negara Barat lainnya. Mereka yang taksub dengan retorika Anwar mengecam Mahathir senada dengan kecaman Amerika, Britain dan Yahudi yang menguasai IMF, Bank Dunia dan beberapa kerajaan Barat lainnya.

Mahathir persetankan segala kritik terhadapnya. Dia tahu apa yang baik untuk negara dan rakyat dan berani mengambil risiko politik dan ekonomi dengan berpegang pada perjuangannya untuk membebaskan Malaysia dan rakyatnya dari menjadi boneka Amerika dan budak suruhan IMF.

Akhirnya Mahathir berjaya dengan tindakan beraninya itu. Ekonomi Malaysia kembali pulih lebih cepat dari Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan yang menjadi mangsa Soros, billionair Yahudi yang didukung Amerika.

Penghargaan : Umno Kuala Selangor

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");