Program Basmi Kemiskinan

Adun DAP pilih bulu dalam memberi bantuan

Kuala Langat: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Datuk dari DAP, Philip Tan diminta menjelaskan isu buku latihan percuma sumbangan kerajaan Selangor untuk murid miskin di DUN itu yang gagal diedarkan walaupun dua tahun sudah berlalu.

Bekas Ketua Audit DAP Cawangan Kampung Aman, Seri Kembangan, Yap Kon Min, mendakwa wakil rakyat berkenaan sebaliknya menyimpan lebih 5,000 buku dikeluarkan pada 2011 itu di Pusat Khidmat DAP Jenjarum, di sini dengan hanya sebahagian diedarkan kepada sekolah yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengannya.

Tak jujur, pilih bulu

“Apa niat sebenar Philip? Ini menunjukkan beliau tidak jujur dan pilih bulu mengagihkan sumbangan. Mangsa adalah murid miskin yang benar-benar memerlukan bantuan. Kami mempunyai gambar sebagai bukti, ini baru satu contoh. Bagaimana pula dengan pengagihan peruntukan lain?,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, buku latihan terbabit bertujuan membantu murid miskin dalam DUN berkenaan, tetapi malangnya ia tidak sampai kepada golongan sasar.

“Ini membazirkan wang rakyat dan murid miskin tidak mendapat sumbangan sepatutnya,” katanya sambil mendesak kerajaan Selangor menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap Philip.

Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, R Vellasamy, berkata pemimpin parti itu gagal menunaikan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat termasuk tidak membaiki jalan rosak di kawasan kampung.
“Kami banyak menerima aduan wakil rakyat pakatan pembangkang tidak rajin turun padang, hanya tunjuk muka bila Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) makin hampir.

Masalah tak selesai 

“Banyak masalah di Selangor terutama di DUN Teluk Datuk tidak diselesaikan termasuk sampah tidak dikutip dan jalan berlubang walaupun banyak aduan dibuat,” katanya.

Justeru, Vellasamy berharap pengundi dapat membuat pilihan terbaik dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar ikhlas berkhidmat. -Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");