Membawang Hari Ini

AJL27 raih 6 juta penonton!

ANUGERAH Juara Lagu Ke-27 (AJL27) yang berlangsung Ahad lalu mencipta rekod apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 6 juta penonton menurut Nielsen Audience Measurement.

Dibawa secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, AJL27 sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3, tetapi bagi produksi dan acara hiburan di Malaysia.

Selain ditayangkan di televisyen, acara penuh berprestij ini turut dipancarkan menerusi laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Purple Carpet dan Di Sebalik Tabir.

Laman web rasmi AJL27 pula berjaya mendapat lebih dari setengah juta page views iaitu 507,000 dengan unique views sebanyak 111,350.

Manakala di laman sosial media Twitter, #AJL27, #Ramli Sarip dan #Azlan and the Typewriter merupakan tiga kata kunci tertinggi pada malam itu. Sebanyak 149,593 tweets dikongsi menggunakan kata kunci #AJL27 dan #AJL.

Tahun ini juga memperlihatkan antara penganjuran terbaik membawa konsep berlainan sempena ulang tahun yang ke-27, tema Ekspresi Seni dipilih bagi menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik.

Tuah kali ini berpihak kepada penghibur dan komposer muda berbakat yang kini giat melebarkan sayap di luar negara, Yunalis Zarai, 27 tahun atau lebih mesra dikenali sebagai Yuna, di mana lagu ciptaan beliau sepenuhnya berjaya muncul sebagai Juara AJL27 dan berjaya membawa pulang trofi dan wang tunaisebanyak RM35,000.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");