Program Basmi Kemiskinan

Isu Tapak Pelupusan Sampah: MBI, Penduduk Perlu Berbincang Kata MB Perak

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu perbincangan segera diadakan bagi menangani masalah bau busuk yang dialami penduduk yang tinggal berhampiran tapak pelupusan sampah yang beroperasi dekat Ulu Johan, Papan.

Sehubungan itu, Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon, katanya telah diarahkan agar memanggil pihak jawatankuasa penduduk dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi mendapatkan laporan lanjut berkaitan masalah berkenaan.

“Saya ingin laporan lanjut mengenai masalah yang berlaku di kawasan itu agar ia tidak terus berlanjutan,” katanya.

Zambry mengulas tindakan sekumpulan penduduk sekitar Lahat yang mengadakan bantahan secara aman akibat bau busuk dari tapak pelupusan sampah yang didakwa tidak diselenggara dengan baik.

Bantahan yang berlangsung selama sejam itu melibatkan 200 penduduk di sekitar Pusing, Papan, Siputeh, Bemban, Lahat, Bukit Merah dan Mengelembu telah diadakan di di simpang lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, berhampiran Lahat, Ahad lalu.

Tambahnya, beliau memandang serius terhadap isu berkenaan kerana ia melibatkan keselesaan penduduk di kawasan berhampiran.

Tapak pelupusan sampah di Ulu Johan, Papan telah memulakan operasinya bermula April tahun lalu bagi menggantikan tapak pelupusan sampah di Bercham yang telah ditutup setelah 26 tahun beroperasi.

Tapak berkeluasan keluasan 226.72 hektar tersebut mampu menampung sampah sebanyak 600 hingga 700 tan sehari dan mampu beroperasi sehingga 25 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");