Perak Hari Ini

Kemudahan, Infrastruktur Asas Bakal Disediakan Di Proton City, Tanjung Malim

Keperluan infrastruktur dan kemudahan asas seperti sekolah menengah kebangsaan dan sekolah agama bakal dibina di Proton City, dekat Tanjung Malim bagi melengkapkan pembangunan bandar automatif di selatan negeri Perak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kemudahan asas itu perlu disediakan memandangkan bilangan pekerja PROTON dan penduduk di kawasan sekitarnya akan bertambah dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran katanya, bersetuju meluluskan pembinaan sebuah sekolah menengah di Proton City yang bernilai kira-kira RM40 juta.

Projek pembinaan katanya, akan bermula tahun depan, mampu menempatkan 1,200 pelajar dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun lagi.

“Sebuah sekolah agama juga akan dibina di sini memandangkan sebahagian besar penduduknya beragama Islam dan kerajaan Pusat berharap dengan adanya insentif dan inisiatif seperti ini, pembangunan pesat bakal mengambil tempat di Tanjung Malim dan Behrang dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang dan mengadakan pertemuan dengan warga kerja PROTON di Kilang Proton City, dekat Tanjung Malim, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Perak menghadiri mesyuarat tertutup bersama BN Perak di Kompleks Sukan Proton City yang dihadiri antaranya Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Zambry selaku Pengerusi BN negeri dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Mesyuarat tertutup selama dua jam itu turut disertai Timbalan Pengerusi MCA Perak, Datuk Seri Kong Cho Ha; Pengerusi MIC, Datuk Seri G Palanivel; Pengerusi GERAKAN, Datuk Seri Chang Ko Youn dan Pengerusi PPP, Datuk Seri Dr M Kayveas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");