Kolumnis

Video “hangat” 28 Saat Di Pulau Pinang: Ada Sesiapa Boleh Sahkan Kewujudannya?

Sebetulnya saya baru pulang dari Pulau Pinang bagi menghadiri kenduri kahwin salah seorang saudara yang menetap di Pulau Mutiara itu.

Meskipun berada di Guar Perahu untuk beberapa jam saja, namun saya membawa pulang satu cerita hangat dari sana…

Sebenarnya saya tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak memandangkan tiada bukti “di depan mata”. Hanya sembang mulut sahaja bersama beberapa anak muda yang melepak di bahagian dapur kenduri.

Menurut mereka, sebuah klip video berdurasi lebih kurang 30 saat yang memaparkan seorang pemimpin PKR Pulau Pinang beraksi ghairah dengan seorang wanita yang dikatakan aktivis kuat parti sekutunya, DAP!

Khabarnya, pemimpin PKR itu ialah seorang lelaki Melayu yang merupakan seorang rakan karib Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim. Saya kurang pasti namanya, kalau tidak silap panggilan mesranya ialah “Chot”.

Tak tahulah “Chot” yang mana satu. Tapi khabarnya rambut sudah beruban dan boleh dikategorikan sebagai “atuk” yang sudah bercucu! Anda tahu siapa pemimpin PKR itu? Rasanya anda boleh meneka siapa gerangannya pemimpin itu, bukan?

Kata anak-anak muda itu, video tersebut telah tersebar dengan meluas di Pulau Pinang menerusi kedai-kedai telefon bimbit di mana para “tauke” kedai serta pekerja-pekerja yang rata-ratanya Cina DAP sudah maklum mengenai video “panas” itu.

Begitulah cerita anak-anak muda tersebut….

Menariknya, versi yang sama juga saya perolehi dari beberapa rakan yang mengikuti perkembangan politik di Pulau Pinang dan mereka mengesahkan telah mendengar cerita yang sama sebagaimana yang saya dengar.

Mereka berkata, DAP Pulau Pinang sebenarnya sudah lama dapat menghidu “kelemahan” pemimpin PKR yang bernama “Chot” itu dan sengaja “menjolok” kelemahan tersebut untuk memastikan dia di dalam “genggaman” DAP.

Disebabkan rakan baik Anwar itu pernah menghina dan melukakan hati Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tempohari, DAP dikatakan sengaja memasang jerat “maut” untuk menamatkan riwayat karier politik “Chot”.

Khabarnya, PKR Pulau Pinang akan diberi kata dua untuk tidak lagi menyenaraikan pemimpin PKR itu sebagai calon pada PRU ke-13 nanti sekiranya tidak mahu video klip tersebut tersebar ke tangan media arus perdana.

Meremang juga saya mendengar cerita yang tidak pasti itu dari mereka. Tapi, sekiranya benar sekalipun cerita tersebut, apalah sangat yang hendak dihairankan memandangkan ia adalah satu kebiasaan bagi puak-puak PKR.

Cuba lihat Ketua Umum mereka yang gila nak jadi Perdana Menteri itu. Dia begitu terkenal sebagai “pelakon filem porno” sehingga videonya turut dipetik oleh sebuah majalah porno di Jepun. Ia membuktikan “boss” PKR itu memang “famous” sehingga ke peringkat antarabangsa!

Jadi, tidak hairanlah jika rakan karibnya pula terkenal di peringkat kedai-kedai telefon bimbit di Pulau Pinang memandangkan rakannya itu hanyalah pemimpin di peringkat negeri dan tidak “international” seperti Anwar, bukan?

Saya tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak. Tapi saya meminta agar sesiapa yang tahu kebenaran mengenai khabar angin ini supaya berkongsi cerita mengenai “Chot dan video klip”nya itu.

Bukanlah saya berniat untuk memalukan sesiapa memandangkan saya tidak kenal pun siapa “Chot” sebenarnya. Tapi ia boleh dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat di negara ini supaya tidak terjebak mengikut jejak langkah Anwar dan rakan-rakan karibnya itu.

Anwar tak mengapalah sebab Wan Azizah sememangnya boleh dilabel sebagai “penasihat kelab taat suami”. Tapi saya yakin bahawa isteri-isteri anda sudah tentu mengamuk sakan jika anda menjadi pelakon video “hangat di ranjang” seperti Ketua Umum PKR dan “Chot”, kan?

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");