Isu Panas

BR1M Bukan Umpan BN Raih Undi – Ahmad Shabery

Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua bukan merupakan umpan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 seperti didakwa pihak pembangkang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemberian BR1M 2.0 merupakan tanggungjawab kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat dan sangat diperlukan dalam keadaan semasa ekoran kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, pemberian BR1M sebenarnya memberi impak secara langsung kepada ekonomi negara kerana rakyat akan berbelanja wang berkenaaan dan memberikesan berterusan kepada negara.

Ahmad Shabery, yang juga Anggota Parlimen Kemaman, berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemberian BR1M 2.0 adalah ‘gula-gula’ terakhir kerajaan bagi memancing undi rakyat seperti dilaporkan dalam sebuah portal berita.

Terdahulu beliau menyampaikan BR1M 2.0 peringkat Parlimen Kemaman kepada kira-kira 3,000 penerima melibatkan RM1.5 juta di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, di Kemaman, Sabtu.

Ahmad Shabery berkata, pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan terhadapkerajaan menjelang PRU ke-13 bagi menutup ketidakmampuan menunaikan janji seperti terjadi di beberapa negeri di bawah pemerintahan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, keseluruhan penerima BR1M 2.0 di Kemaman adalah berjumlah lebih 20,000 orang.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");