Kolumnis

Hati-Hati, DAP Sedang Sasar Keluarga Diraja

KEBELAKANGAN ini DAP seakan naik sawan untuk merekrut pemimpin dari kalangan keluarga diraja di negara ini. Mula-mula Tunku Aziz Tunku Ibrahim dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP.

Apabila Tunku Aziz meninggalkan parti tersebut, DAP menyasarkan pula kerabat diraja Negeri Sembilan atau lebih tepat lagi anakanda Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tunku Mukhriz.

Malah disebutkan juga, nama Tunku Zain telah ditetapkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru jika Pakatan haram ini berjaya menawan negeri tersebut dalam pilihanraya akan datang. Penulis sendiri melihat perkara ini (Pakatan menawan Negeri Sembilan) sebagai angan-angan besar, lagi pulak nak menamakan calon Menteri Besar dari kalangan mereka?

Anak Yamtuan Besar pulak tu!! Belum pernah berlaku dalam sejarah negara kita keadaan demikian (ketua negeri dan ketua kerajaan mempunyai pertalian darah). Di situ sahaja sudah nampak terlalu tinggi mimpinya.

Tapi biarkanlah mereka dengan angan-angan itu, cuma penulis suka nak menyelongkar alasan disebalik DAP menumpukan keluarga diraja untuk menjadi pemimpin mereka.

Sudah tentu, kalangan keluarga diraja ini yang bersetuju menyertai parti tersebut akan diberi jawatan tertinggi dalam DAP, seperti mana dalam kes Tunku Aziz yang bukan setakat dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP, malah dilantik sebagai Senator, mewakili negeri Pulau Pinang.

Penulis rasa, DAP sedang cuba membaiki tanggapan di kalangan orang Melayu bahawa parti tersebut menentang pemerintahan beraja dan berhasrat menukarkan sistem berkerajaan di negara ini kepada republik dengan merekrut pemimpin dari kalangan keluarga diraja sendiri.

Sebelum ini, cerita-cerita seumpama itu hanya disampaikan dari mulut ke mulut tanpa ada bukti yang sahih, tapi setelah apa yang berlaku di Perak pada 2009 yang menyaksikan kerajaan DAP disana tumbang setelah 3 ADUN PR memilih untuk menjadi bebas dan menyokong Barisan Nasional, sekadar mengesahkan semua cakap-cakap mulut itu tadi.

Pada ketika itu, penentangan DAP terhadap sistem beraja ini begitu ketara sekali kerana keengganan Sultan Perak memenuhi tuntutan MB Boneka DAP, Nizar Jamaludin membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya negeri dijalankan.

Penulis tidak berminat mengulas peristiwa 2009 itu dengan lebih lanjut, tapi sekadar menunjukkan betapa DAP terdesak untuk memperbaiki imej sebagai parti yang berhasrat menubuhkan sebuah negara republic di negara kita ini. Kebetulan, individu dari keluarga diraja yang dipilih DAP ini adalah terdiri dari mereka dengan latar belakang yang agak liberal dalam memberikan pandangan masing-masing mengenai politik negara kita ini.

Penulis harap tidak ada dari kalangan keluarga diraja di negara kita yang terpengaruh dengan taktik DAP yang dijelaskan dalam artikel ini. Setakat merekrut seorang dua keluarga diraja di dalam parti tersebut, belum cukup untuk mengubah pandangan majoriti rakyat negara ini yang sentiasa melihat DAP sebagai parti yang pro republik.

Apatah lagi DAP diketahui mempunyai sejarah memperalatkan orang Melayu untuk kepentingannya, seperti mana Anwar Ibrahim sekarang dan Nizar Jamaludin di Perak dulu. Jangan sampai kita termasuk ke dalam perangkap puak-puak ini.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");