Program Basmi Kemiskinan

Lewat Bayar RM1,000, Lelaki Dipukul Dan Diugut Bunuh

Gara-gara meminjam RM1,000, seorang lelaki dan ahli keluarganya terpaksa hidup dalam serba ketakutan akibat diganggu oleh sekumpulan samseng yang bertindak ganas dipercayai ceti haram selepas gagal membayar kembali hutang yang dipinjam.

Malah, keadaan menjadi lebih parah apabila keluarga tersebut terpaksa hidup seperti pelarian sejak 14 Januari lalu apabila sekumpulan samseng yang dikenali Geng 04 itu bertindak mengugut bunuh dirinya dan ingin menculik anak yang baru berusia tiga tahun.

Kejadian bermula apabila mangsa yang mahu dikenali sebagai Mohan, 44, ditahan ketika sedang menunggang motosikal untuk membeli makanan oleh 15 individu di hadapan sebuah bank dipercayai anggota kumpulan samseng terbabit sebelum dibawa ke tempat gelap.

“Mereka bertindak memukul dan mencederakan saya dan saya telah dipukul oleh kesemua ahli kumpulan terbabit,” kata beliau kepada pemberita selepas membuat aduan di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) di Ipoh, hari ini.

Selepas ditahan di sebuah tempat, mangsa kemudiannya di bawa ke rumah dipercayai milik kumpulan samseng terbabit dan meminta keluarga mangsa membayar RM20,000 sebagai wang jaminan.

“Dia menyuruh abang ipar saya membayar wang dalam tempoh 10 hari. Selepas membayar wang jaminan baru mereka boleh melepaskan saya,” jelasnya.

Setelah gagal mendapatkan wang jaminan dalam tempoh yang diberikan, kumpulan samseng itu bertindak memecah masuk rumah mangsa dengan mengambil barang berharga selain merampas kereta Proton Iswara milik abang iparnya yang tinggal bersebelahan rumah.

Jelasnya, ketika ditahan dirumah terbabit, dia dipaksa menari di hadapan rumah dengan baju yang dibuka pada waktu pagi sambil kelakuannya itu dirakam oleh samseng terbabit.

Selain itu, dia turut menerima kecederaan apabila samseng tersebut bertindak mencucuh api di bahagian leher sehingga meninggalkan kesan parut.

Dalam pada itu, mangsa dan keluarganya telah membuat aduan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Balai Polis Sungai Senam dan berharap polis mengambil tindakan segera ke atas kes itu.

Sementara itu, Ketua Urusetianya, Mohd Rawi Abdullah mahu pihak yang berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan peminjam wang tanpa lesen yang semakin berleluasa.

“Polis harus menyelesaikan kes ini secara serius memandangkan ah long sudah mula berani bertindak menculik dan mencederakan individu yang berhutang dengan mereka.” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");