Program Basmi Kemiskinan

Pemilik Syarikat Dakwa Ditipu Syarikat Telekomunikasi

Seorang pemilik syarikat pemborong barangan elektrik melahirkan rasa kesal apabila mendakwa ditipu oleh sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka negara dengan pakej yang ditawarkan kepada pengguna.

Mangsa, Hew Kwee Hoh, 45, dari Buntong Tambahan, dekat Ipoh berkata, ketika menggunakan pakej tersebut, syarikat telekomunikasi tersebut berjanji untuk memberikan sebuah telefon pintar kepadanya dengan nilai yang ditetapkan.

Malangnya, sehingga kini telefon yang dijanjikan masih belum diterima, katanya lagi.

“Saya sudah menggunakan pakej ini sejak bulan Julai tahun lalu untuk lapan talian dengan bayaran berlainan.

“Ketika itu, mereka menawarkan saya model telefon Samsung S3 tetapi saya menolaknya kerana menggunakan model yang sama. Jadi, saya ingin tukar kepada i-Phone 5 namun sehingga ke hari ini, saya masih belum terima telefon itu,” kataya ketika ditemui di Pusat Khidmat Aduan Barisan Nasional (BN) Perak di Ipoh, hari ini.

Kwee Hoh berkata, disebabkan tidak berpuas hati, dia bertindak membuat aduan mengenai masalahnya kepada pihak atasan namun syarikat telekomunikasi terbabit seolah-olah cuba lepas tangan.

“Saya telah menghubungi dan berjumpa dengan mereka hampir empat kali untuk mendapat penjelasan tetapi terlalu banyak alasan yang diberikan.

“Mereka juga telah menghantar seorang pekerja ke rumah saya untuk mengambil semula dokumen peribadi dan syarikat milik saya dan selepas itu mereka kata dalam masa seminggu telefon itu akan diserahkan kepada saya tetapi sehingga kini saya belum menerimanya,” katanya.

Pada tarikh 21 Februari lalu, Kwee Hee berkata, dia dihubungi pekerja syarikat telekomunikasi yang meminta beliau menandatangani semula kontrak baru.

Berang dengan tindakan syarikat terbabit, dia enggan menurunkan tanda tangan pada perjanjian baru itu kerana berasa tertipu dengan syarikat telekomunikasi terbabit.

Katanya, beliau sangat kecewa dan ingin menghentikan pakej perkhidmatan talian tetap yang digunakan itu tetapi dikenakan penalti sebanyak RM150 sebulan untuk satu talian.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah menasihatkan masyarakat meneliti perjanjian yang diberikan sebelum menandatangani mana-mana perjanjian.

Ini kerana, beliau telah menerima begitu banyak aduan daripada masyarakat mengenai dakwaan kes penipuan yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi tempatan yang gagal melaksanakan tawaran serta janji yang diberikan.

“Kita akan membuat aduan kepada Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mana-mana pihak yang terlibat melakukan penipuan ini,” katanya.

Katanya, sejak pertengahan tahun lalu, pusat terbabit telah menerima 10 kes sama seperti dialami Kwee Hee yang melibatkan syarikat telekomunikasi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");