Berita Hari Ini

Pesawat Fennec TLDM Terbangkan Bayi Enam Bulan

Sebuah pesawat Fennec milik TLDM dari Skuadron 502 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Lumut berjaya menerbangkan seorang bayi lelaki berusia enam bulan untuk rawatan di Hospital Gua Musang dalam penerbangan ihsan, petang kelmarin.

Bayi tersebut, Parin a/l Amak, 6 bulan, menghadapi komplikasi demam panas, muntah dan cirit birit sejak tiga hari lalu dan dilaporkan  dalam keadaan tenat.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Markas Armada, Lt Kdr Noorlida bt Rahaman, bayi berkenaan dilaporkan lemah dan menolak sebarang bentuk penyusuan hingga memerlukan rawatan lanjut serta merta di Hospital Gua Musang, Kelantan.
 Turut sama diterbangkan dalam penerbangan ihsan ini ialah seorang kanak-kanak perempuan Lin Gui a/p Angah, 9 tahun, katanya.
“Kanak-kanak perempuan ini disyaki mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan turut memerlukan rawatan susulan segera di Hospital Gua Musang, Kelantan.
” TLDM telah menugaskan sebuah pesawat Fennec untuk bantuan penerbangan ihsan bagi membawa bayi tersebut dari Pos Orang Asli Belatim, Gua Musang Kelantan setelah menerima permohonan daripada Ketua Unit Ketua Unit Pengangkutan dan Perhubungan Awam, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli,  Nasrolbari Ahmad Bari.
“Pesawat Fennec milik TLDM digegaskan ke Pos Belatim kira-kira jam 11.50 pagi dan tiba di Pos Belatim pada jam 12.30 tengahari, kira-kira 40 minit kemudiannya,” kata beliau lagi.
Bayi dan kanak-kanak tersebut ditemani ibu, Sunti a/p Pandak dan Rita a/p Ngah diterbangkan serta merta dan didaratkan di Padang Balai Polis Gua Musang untuk dibawa ke Hospital Gua musang bagi rawatan lanjut.
Pesawat Fennec TLDM telah diterbangkan oleh Komander Mokhtarudin Mohd Mokhtar dan dibantu oleh Pembantu Juruterbang, Leftenan Komander Jailani Alias.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");