Kolumnis

Hina Wira Negara Ops Sulu: Bila Tian Chua Nak Minta Maaf?

BOLEH dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia yang waras dan rasional marahkan Naib Presiden PKR, Tian Chua bermulut celupar yang menghina wira-wira yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan bumi Malaysia di Lahad Datu, Sabah.

Jangankan rakyat dan pemimpin BN yang berjiwa patriotik saja yang mengecam Tian Chua, malah ramai juga pemimpin Pakatan Haram, khususnya PAS yang mengutuk Naib Presiden PKR itu.

Tapi hanya berani kutuk di belakang sajalah.

Sebenarnya Tian Chua sedar dirinya tersilap percaturan. Keceluparan mulutnya yang cuba mempolitikkan keadaan yang kononnya insiden pencerobohan di Lahad Datu itu “sandiwara UMNO” jelas memakan diri.

Ramai pihak yang marah pada Tian Chua, termasuk ahli-ahli keluarga wira-wira negara yang syahid dibunuh konco-konco Jamalul Kiram, petualang yang dibenci masyarakat Tausug di Jolo, Filipina.

Laporan polis, demonstrasi aman dan ramai yang mendesak Tian Chua memohon maaf atas keceluparan mulutnya itu.

Malah, keluarga mangsa juga mahu dia meminta maaf dengan segera.

Tapi sehingga kini, tiada sebarang permohonan maaf yang kita dengar dari teman karib Nurul Izzah itu. Malah sehingga hari ini dia masih berdolak-dalik, kononnya kenyataan yang dibuatnya itu telah diputar belit media.

Putar belit? Putar belit yang bagaimana? Adakah Tian Chua buat sidang akhbar dalam bahasa Tagalog atau Keadilandaily yang tak faham bahasa?

Pelik sungguh! Apakah laman rasmi PKR sendiri yang memutar belitkan kenyataannya itu? Hinaannya terhadap insiden itu disiarkan di laman web tersebut. Ada pihak dalam PKR yang sengaja mahu menjatuhkan Tian Chua, kah?

Jelaslah bahawa alasan Tian Chua itu tidak masuk akal. Mustahil Keadilandaily.com sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden mereka.

Mengapa susah sangat Tian Chua nak minta maaf? Kerana ego menguasai diri, bukan? Malu untuk mengaku salah? Atau Tian Chua sememangnya seorang individu yang semulajadinya kurang ajar dan biadap?

Mungkin Tian Chua mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim yang tidak pernah mengaku salah silapnya.

Walaupun sudah dibuktikan berkali-kali “kantoi” dengan jelas, Anwar tidak pernah mengaku dirinya adalah “lelaki Y”, pemilik jam tangan “Omega”, “pelakon lelaki bertuala putih” ataupun memberi sokongan kepada rejim Zionis Yahudi Israel.

Setiap kali Anwar diajukan soalan berkenaan isu yang “dikantoikan”, dia akan mengasak wartawan atau media yang bertanya dengan soalan. Dia tak pernah jawab pun soalan!

Berbalik kepada Tian Chua, bilakah Naib Presiden PKR ini nak minta maaf? Dan apakah kita boleh mengharapkan dia tampil meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya keluarga mangsa Ops Sulu?

Saya yakin Tian Chua tidak mungkin akan berbuat demikian. Dia terlalu pengecut untuk berhadapan dengan kesalahan dirinya. Puas dikejar wartawan ke hulu ke hilir, Tian Chua tetap melarikan diri mengelak dari menjawab persoalan tersebut.

Demikianlah perangai pemimpin PKR. Maklumlah, ketua borek, pengikut rintik! Pemimpin begitukah yang diharapkan rakyat untuk menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kabinet?

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");