Jenayah

Polis tahan pasangan kekasih, rampas dadah bernilai RM226,500

KUCHING: Polis memberkas seorang lelaki tempatan serta teman wanitanya dan merampas sejumlah dadah bernilai RM226,500 di bilik sewa mereka di Taman Midway, Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Supritendan Moses Agat berkata, ekoran penahanan itu, polis merampas dadah jenis pil Eramin 5, pil ekstasi dan ketamin daripada pasangan tersebut.

“Dalam serbuan 2.30 petang itu, polis merampas 1,054 keping dadah jenis pil Eramin 5, di dalam setiap keping mengandungi 10 biji pil dan keseluruhan sebanyak 10,540 biji pil dengan anggaran pasaran bernilai RM158,000.

“Turut dirampas dadah jenis ketamin seberat 385 gram dengan anggaran pasaran bernilai RM38,500 dan dadah jenis pil ekstasi sebanyak 500 biji dengan anggaran pasaran bernilai RM30,000,” katanya pada sidang akhbar di IPK Sarawak di sini, hari ini.

Moses berkata, selain merampas dadah tersebut, polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Corolla dan sebuah motosikal jenis Yamaha masing-masing bernilai RM15,000 serta RM5,000.

“Suspek menjalankan modus operandi dengan mengedar dadah di Kota Samarahan, Kuching, Bau dan Serian menggunakan kenderaan sewa bagi menggaburi pihak polis. Suspek turut menggunakan nama teman wanitanya untuk menyewa rumah tersebut bagi menggelak daripada dikesan pihak polis.

Beliau berkata teman wanita suspek kini mengandung tujuh bulan.

“Berdasarkan siasatan awal suspek memiliki rekod jenayah apabila pernah ditahan atas kesalahan sama dua tahun lalu dan dipenjara selama setahun empat bulan,” katanya.

Menurutnya suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ini merupakan rampasan dadah terbesar di Sarawak setakat ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");