Sukan Hari Ini

Badminton Asia: Daren, Wei Feng cemerlang

Daren mara ke pusingan kedua, hari ini:-

PERSEORANGAN negara, Daren Liew, Chong Wei Feng dan Goh Soon Huat cemerlang di pentas Badminton Kejohanan Asia pusingan pertama apabila meraih kemenangan.

Berlangsung di Taiwan, Daren memulakan langkah kanan dengan menewaskan pemain Hong Kong, Tam Chun Hei, 21-13, 21-8.

Wei Feng turut mara setelah meraih kemenangan ke atas pemain tuan rumah, Lin Chia Hsuan, 21-13, 21-10 untuk bertemu Nguyen Hoang Nam dari Vietnam di pusingan kedua, hari ini.

Sementara Soon Huat bakal bertemu Chou Tien Chen (Taiwan) selepas menewaskan Tai Kin Hei (Macau), 21-15, 21-10.

Manakala beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Khim Wah yang sedang mengumpul mata sebelum layak ke Kejohanan Dunia Ogos ini, turut melakar kemenangan ke atas gandingan Taiwan, Liang Jui Wei-Liao Kuan Hao, 21-11, 21-10.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");