Membawang Hari Ini

Jimmy Shanley Gagal Dapat Hak Jaga Anak

Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam pada Isnin memberikan hak penjagaan penuh anak perempuan pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley iaitu Zahrah Rania Shanley berusia setahun sembilan bulan kepada bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25.

Hakim Syarie Mawardi Che Man ketika membuat keputusan itu bagaimanapun memerintahkan Jimmy, 33, diberikan hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu.

“Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10 pagi Selasa sehingga Khamis, 6 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir,” katanya.

Nursuhaila, 25, selaku plaintif memfailkan hadanah (hak jagaan anak) pada 18 Oktober 2011 namun Jimmy mengemukakan bantahan berhubung kelayakan bekas isterinya itu untuk menjaga anak mereka.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");