Sukan Hari Ini

Amirul: “Saya mahu jadi sehebat Zulfahmi”

JUARA sulung Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance, Amirul Shafiq Ahmad Shahril Sham memberitahu mahu memenangi perlumbaan dan jadi sehebat Zulfahmi Khairuddin.

Meskipun baru berusia 14 tahun, Amirul Shafiq percaya mampu berikan aksi terbaik dalam kejohanan SIC Ninja 250 cc yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

“Sasaran saya adalah cuba muncul johan. Mungkin mampu saingi Zulfahmi. Saya cukup yakin dalam menunggang jentera Kawasaki Ninja dan beri saingan kepada pelumba lain,” katanya.

Sebanyak 20 pelumba mengambil bahagian termasuk penyandang, Muhammad Ammar Hafiq Rauzan, Mohd Zulnazmi Zulhilmi dan Fauzan Hassan serta penunggang wanita, Siti Norafizah Muhammad.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");