Isu Panas

Himpunan Di Esplanade Esok Akan Tetap Diteruskan – Timb. Ketua Menteri P. Pinang

Majlis Kesyukuran dan Ceramah Mega anjuran Kerajaan Negeri di Esplanade, Pulau Pinang akan berjalan seperti yang dirancang.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon berkata kerajaan negeri telah memaklumkan kepada pihak polis pada tengah hari Jumaat bahawa majlis berkenaan merupakan acara rasmi, dan bukannya anjuran Pakatan Rakyat.

“Kita boleh meneruskan acara tersebut kerana ia merupakan majlis anjuran kerajaan negeri.

“Di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012, tempat seperti lapangan terbang, empangan dan hospital tidak boleh digunakan untuk mengadakan perhimpunan.

“Jadi tidak timbul isu di sini kerana kita mengadakan majlis ini di Esplanade,” katanya pada sidang media di Komtar pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah George Town, Komisioner Gan Kong Meng dijangka akan mengadakan sidang media bagi mengulas mengenai acara berkenaan pada pukul 3 petang ini.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");