Jenayah

Polis Kedah rampas dadah bernilai RM6.3 juta

ALOR SETAR – Polis Kedah merampas 28.8 kilogram dadah dipercayai syabu bernilai RM6.3 juta di Km 36.1 Lebuhraya Utara-Selatan, di Kepala Batas, Jitra kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, rampasan itu adalah yang terbesar bagi polis Kedah dalam tempoh lima tahun dan dadah terbabit dipercayai hendak dibawa ke Kuala Lumpur.

Rampasan itu susulan pemeriksaan ke atas sebuah kereta dipandu seorang lelaki, yang ditahan unit polis peronda lebuh raya di Km 22 lebuh raya berkenaan, berhampiran Kampung Natoi, Jitra, pada pukul 11.30 pagi.

“Anggota polis memeriksa kad pengenalan dan lesen memandu suspek. Selepas diminta untuk membuka ruang penyimpanan barang kereta, suspek masuk ke dalam kereta dan melarikan diri (sejauh 14 km) sebelum memberhentikan kereta di Km 36.1 Lebuhraya Utara Selatan selepas merempuh penghadang tol,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, lelaki itu kemudian melarikan diri ke kawasan kampung berhampiran dan pemeriksaan polis ke atas kereta yang ditinggalkannya menemukan dua buah beg, masing-masing mengandungi 14 ketulan dadah jenis syabu.

Katanya, susulan kes itu, polis sedang menjejaki Lim Lek Kiea, 47, memegang kad pengenalan bernombor 660302-02-5005 dengan alamat terakhir di 297A, Padang Lembu, Gurun @ 99, Lorong Mesra 6, Taman Ria Mesra, Gurun.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Ishak Ali di talian 019-4742725 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di talian 04-9172222 atau balai polis terdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");