Kolumnis

Tong Sampahkan Pengakuan Bapa Saiful

SEBENTAR tadi dilaporkan bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim telah mengadakan sidang media, menarik semula pengakuannya bulan lepas bahawa kes liwat anaknya adalah satu konspirasi oleh pihak kerajaan.

Sepanjang tempoh sebelum hari ini, sempat jugalah Azlan berceramah ke sana sini atas pentas Pakatan Rakyat sebelum senyap buat beberapa ketika.

Tup-tup hari ini dia buat U-Turn lagi sekali.

Apa pun, semua rakyat, tidak kiralah fahaman politik mana, perlu bakul sampahkan saja pengakuan Azlan kali ini.

Sebetulnya, dari hari dia membuat pengakuan bahawa kes liwat Saiful ini adalah satu konspirasi lagi, kredebilitinya sudah rosak dan terjejas. Malah, pengakuannya sebelum ini pun tidak ada kesan, walaupun Anwar menjaja cerita pengakuan itu hampir kemana sahaja dia pergi untuk berceramah.

Malah, kalau ada pihak dari UMNO yang cuba mengambil kredit dari pengakuan kali kedua ini, percayalah, ia bukan sahaja memburukkan lagi UMNO, tapi akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN. Apatah lagi dengan hari pengundian tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dilaksanakan.

Orang macam ini – yang sanggup mengkhianati anak sendiri kerana Anwar Ibrahim, tidak seharusnya dilayan dan diketepikan begitu sahaja.

Yang lebih menarik perhatian penulis hari ini, bukan dengan pengakuan U-Turn Azlan, tapi sebab kenapa dia membuat pusingan U itu sekarang.

Apa pun alasannya, ia tidak langsung ada kena mengena dengan perasaan kasih sayang seorang bapa kepada anak lelakinya. Pleaselah, kalau ada dia cakap macam itu, mari pakat muntah ramai-ramai.

Kita yakin pengakuan kali kedua ini kerana Azlan sendiri telah ditipu oleh Anwar.

Mungkin ada wang yang dijanjikan untuk dibayar, tapi tidak dibayar dan sebagai jalan terakhir, Azlan memutuskan untuk membuat pusingan U sekali lagi..

Itu alasan paling tepat dan hampir bagi menjelaskan pusingan U kali kedua dalam tempoh tidak sampai 3 bulan oleh Azlan ini.

Kita kena persiap diri awal-awal sebab seperti biasa, puak sebelah sana sudah pasti mendakwa BN telah membayar sejumlah wang kepada Azlan untuk melakukan apa yang dilakukan hari ini.

Lebih teruk lagi kalau Anwar yang suruh Azlan buat U Turn kali ini untuk memburukkan BN (konon dibeli dan sebagainya), walhal kita peduli pun tidak.

Mana-mana sekalipun Azlan adalah seorang manusia yang tidak boleh dipercayai.

Kalau dia boleh khianat anak sendiri, apa sangat orang lain yang tidak ada hubungan saudara mara dengan dia.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");