Sukan Hari Ini

Tiket final Piala FA perlu ditambah

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menyarankan persatuan itu membuat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memberi tambahan tiket kepada penyokongnya yang gagal mendapatkan tiket di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

Menulis di laman facebooknya, Annuar berkata, langkah itu bagi membantu penyokong The Red Warriors (TRW) untuk melihat perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

“Saya terima aduan menyatakan tiket final Piala FA terlalu sikit jual di stadium dan itu amat mendukacitakan kerana syor saya supaya sekurang-kurangnya 8000 tiket disimpan utk jualan terbuka tidak di patuhi.

“Ini berlaku akibat permintaan kelab-kelab penyokong dan kumpulan yang membeli pukal terus di layan termasuk selepas tarikh tutup 15jun.

“Memandangkan saya sudah tentu tak di benar campur tangan oleh FAM kerana ini termasuk dalam aktiviti bola sepak namun saya harap kafa buat rayuan tambahan tiket untuk orang ramai.

“Biarlah orang kita di Kelantan ada tiket di tangan sebelum dapat bertolak ke Kuala Lumpur,” katanya.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan bahawa lebih 2,000 penyokong bola sepak Kelantan, merusuh selepas tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang pasukan JDT habis dijual di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad V.

Tiket tersebut habis dijual walaupun seawal 10 minit selepas kaunter tiket dibuka pada jam 9 pagi tadi.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");