Jenayah

Hilang Ketika Sidai Kain

Rohana menunjukkan gambar anak sulungnya yang hilang secara tiba-tiba
Rohana menunjukkan gambar anak sulungnya yang hilang secara tiba-tiba

KLUANG: Hati ibu mana yang tidak runsing apabila memikirkan keselamatan anak daranya yang baru berusia 16 tahun tiada di depan mata sejak lebih tiga minggu lalu.

Siti Salwa yang hilang sejak 16 Jun lalu

Kehilangan itu terus menggamit perasaannya tatkala umat Islam menyambut bulan mulia Ramadan, selain terus memanjatkan doa agar anaknya kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Menurut ibunya, Rohana Ghazali, 39, anak perempuannya, Siti Salwa didakwa hilang secara tiba-tiba ketika menyidai kain di hadapan rumah pada 16 Jun lalu.

Kehilangan Siti Salwa dari Perumahan Tentera Taman Kluang Barat di sini, dipercayai kira-kira jam 6.30 pagi itu menjadi tanda tanya kepada seluruh keluarganya kerana sehingga kini, tiada sebarang khabar berita yang diterima.

Menurut Rohana, dia dan suaminya, Samsuddin Juli, 40, menyedari kehilangan anak mereka selepas pulang dari tempat kerja masing-masing kira-kira jam 7 pagi.

Pada hari berkenaan, mereka turut menyedari pintu hadapan rumahnya didapati tidak berkunci.

“Apabila masuk ke dalam rumah, Along (Siti Salwa) tiada di dalam biliknya. Pada masa itu juga, saya terpandang baldi berisi separuh kain di bawah ampaian di hadapan rumah.

“Along sempat menyidai kain tetapi tidak habis sebelum dia hilang. Ketika itu, tiga anak saya yang lain sedang tidur dalam bilik di rumah.

“Saya sangkakan dia mungkin keluar bersama kawan-kawan sekolah kerana Along tidak bawa apa-apa pakaian serta kad pengenalan.

“Dia hanya membawa beg sandang berwarna putih yang selalu dibawa ke sekolah berhampiran rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Rohana berkata, Siti Salwa merupakan anak yang baik dan tidak pernah keluar jauh tanpa ditemani keluarga walaupun hanya untuk ke bandar Kluang.

“Saya dan suami juga sudah melaporkan kehilangan anak saya ini di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kluang pada hari kejadian selepas Along tidak pulang hingga ke petang.

“Malah, usaha mencari nya juga kami lakukan sehingga ke rumah seorang lelaki di Mersing yang dikatakan menemuinya sehari sebelum kehilangannya, selain rumah kawan-kawan dan guru, tapi semuanya tidak berjaya,” katanya.

Rohana berharap kepada orang ramai yang mengetahui di mana anaknya itu berada agar dapat menghubungi mereka di talian 013-8468305 atau 019-7082731.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Bahagian Kluang, Zainani Jamaluddin yang mengunjungi rumah keluarga berkenaan berkata, pihaknya akan mengedarkan maklumat mengenai kehilangan Siti Salwa kepada semua bahagian tidak kira di kawasan awam mahupun jabatan kerajaan mahupun swasta.

“Kami amat bersimpati dengan apa yang dilalui oleh keluarga ini dan akan berusaha membantu mengesan melalui semua sayap parti Umno agar gadis ini dapat ditemui semula dengan selamat,” katanya.

– Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/hilang-ketika-sidai-kain-1.181713

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");