Membawang Hari Ini
Like

Hubungan Fida Ibrahim dan Zalif Sidek berakhir

July 23, 2013
24 Views
0 Comments
2 minutes read
no-cover

fidaPenyanyi dan pelakon Fida Ibrahim mengakui hubungannya dengan Zalif Sidek sudah pun berakhir sejak dua bulan lalu dan mereka tidak lagi berhubung.

Jelas Fida yang popular dengan lagu “Apo Kono Eh Jang” ini, dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu disalah anggap sebagai pihak ketiga selepas seorang wanita mendakwa sebagai kekasih aktor itu.

“Nak cakap kami bercinta pun sebenarnya tidak. Kami rapat pun hanya tiga bulan. Pada mulanya hubungan itu berjalan lancar tetapi apabila ada perkara-perkara yang tidak diingin berlaku, saya enggan mengeruhkan lagi keadaan.

“Apabila kami semakin rapat, ada pihak mengirimkan pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada saya,” ujarnya ketika ditemui di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya lagi, “Sebelum ini Zalif memberitahu saya yang dia tidak mempunyai teman wanita. Sebab itu saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budinya. Namun apabila saya kerapa menerima SMS daripada pihak tersebut yang mengeluarkan kata-kata kesat, saya rasa kurang seronok dan macam mengganggu hubungan orang lain. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mengundur diri.”

Sementara itu Fida turut memberitahu hubungannya dengan bekas kekasih, Mamat (Sepah) sudah baik selepas muncul dalam program televisyen “Apa Saja FBI” di TV9 baru-baru ini.

“Kami dah berbaik selepas muncul dalam sebuah program. Hubungan tersebut tidak lebih sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi. Saya juga tak mahu kenang dan ambil pengajaran atas apa yang berlaku sebelum ini,” jelas penyanyi berusia 27 tahun ini lagi.

Hubungan Fida dan Mamat berakhir selepas pelawak tersebut tidak sengaja memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya sehingga mendapat kritikan negatif peminat.

Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim turut memberitahu dia enggan memikirkan soal cinta buat masa ini kerana ingin fokus kepada karier nyanyian dan lakonan.

– Tupai.com

Komen & Pendapat

Leave a Reply