Program Basmi Kemiskinan

MB Perak Saran YBU Berdikari: Ismail

ybu 1

Berdiri di atas kaki sendiri, demikian saranan yang dilontarkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kepada pengurusan Yayasan Bina Upaya (YBU) yang ditubuhkan oleh kerajan negeri sejak tiga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismail Saffian, berkata perkara itu dibangkitkan oleh Menteri Besar selepas melawat premis ibu pejabat YBU baru-baru ini, lawatan kedua selepas kunjungan pertama pada 15 Mac 2010.

Ismail berkata, Dr Zambry juga mencadangkan agar agensi itu terus memberi tumpuan kepada program sukarelawan kepada golongan keterbawahan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Dalam tempoh dua hingga tiga tahun datang, kami akan berusaha untuk menjadikan YBU sebagai sebuah agensi yang tidak bergantung kepada kerajaan negeri semata-mata.

“Pihak kami juga akan menyelaraskan segala usaha agar ia bergerak seiring dengan hasrat Menteri Besar untuk melihat agensi ini mampu berdikari untuk terus membantu ke arah kesejahteraan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, Dr Zambry turut meminta YBU memperkasakan lagi semua aktiviti kemasyarakatan dan lebih bersikap terbuka serta dedikasi agar menjadi ikutan kepada semua pihak.

“Ketika ini, bantuan pinjaman mikro kredit, bantuan perumahan dan juga pemberian bantuan makanan disalurkan oleh kerajan negeri.

“Justeru, beliau berharap YBU akan dapat mencari sumber kewangan yang lain untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” kata Ismail.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");