Program Basmi Kemiskinan

YBU Anjur Program Motivasi Untuk Pelajar Miskin

ybu asYayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) akan melaksanakan segala usaha bagi membantu golongan pelajar miskin serta yatim piatu di Perak mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad, berkata agensi itu telah diberi amanah oleh kerajaan negeri untuk bersama-sama turun padang bagi memberiu motivasi kepada para pelajar Tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kumpulan sasar kita adalah terdiri daripada kalangan pelajar yang datang dari keluarga miskin ataupun anak yatim di mana kita berpendapat mereka ini perlu diberi motivasi.

“Golongan ini perlu diberi motivasi kerana kehidupan yang miskin menyebabkan mereka berasa rendah diri.

“Jadi YBU membantu supaya mereka merasakan bahawa dirinya memiliki potensi sama seperti mana orang lain yang keluarganya lebih berkemampuan…ataupun orang lain yang ada ibu bapa ataupun orang lain yang keluarganya lengkap,” katanya.

Menurut Saarani lagi, adalah menjadi hasrat YBU untuk berkongsi sedikit sumbangan dengan pelajar-pelajar berkenaan supaya golongan itu tidak berasa rendah diri.

Beliau menambah, dengan inisiatif sedemikian, kerajaan negeri berharap pelajar-pelajar berkenaan akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran yang diajar oleh guru-guru di sekolah.

“Kita mahu mereka memberi fokus untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

“Melalui slot-slot yang disediakan, kita ingin menyakinkn kepada mereka bahawa kemiskinan bukan alasan untuk gagal,” katanya beliau lagi.

Katanya, YBU ingin menyakinkan pelajar berkenaan bahawa terdapat ramai pemimpin yang boleh dijadikan contoh tauladan.

“Kita ada banyak pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada keluarga miskin tetapi berjaya melepasi paras kemiskinan melalui pendidikan,” katanya.

Terdahulu, Saarani ditemui selepas menghadiri Program Kecemerlangan UPSR/SPM anjuran YBU di Dewan Persidangan Majlis Daerah Grik, baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");